Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog www.fiezasani.xyz..Terima kasih selalu datang menyinggah & tinggalkan jejak..Sempena kedatangan Aidilfitri yang mulia ni, Kak Fiezz menyusun jari 10 andai ada tulisan & perkataan yang Kak Fiezz taip di sini buat korang terasa atau terguris perasaan..Kak Fiezz insan biasa yang kadang menaip dengan emo..kadang menaip dengan akal fikiran yang waras..Kalau menaip dengan emo tu, perkataan yang tertaip disini ditaip dengan penuh emosi & tanpa fikir perasaan orang..Kalau menaip dengan akal fikiran yang waras, perkataan lebih sopan dan berhemah..Maafkan kak fiezz andai masa menaip waktu emo tu, ada yang buatkan korang terasa & terguris perasaan dengan perkataan-perkataan yang digunakan..10 jari kak fiezz susun mohon maaf dengan keterlanjuran jari yang menaip..hehe...Kak Fiezz hanya la insan biasa..Apapun kak fiezz nak ucap terima kasih sebab selalu menyinggah di sini dan pada yang sudi tinggalkan jejak, insya'allah waktu kelapangan kak fiezz akan balas kunjungan korang..

Yang sudi berkunjung ke sini time raya ni, thank you..Tinggalkan jejak yeak, nanti kak fiezz balas kunjungan korang..okey, dah pi sambung makan ketupat, lemang, kuih-muih..eh!!makan tu makan juga tapi jangan sampai over benor..tahu la sebulan puasa..balas dendam pulak di hari raya yang mulia ni..bersederhana dari segala segi termasuk makanan.. ;)


Hari Raya Hari Untuk Kita Bergembira :D..


2 Comments

  1. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Fiezaaaaa selamat hari rayaaa.. Sori, baru sempat nak BW.. Huwaaaa..

    ReplyDelete