Rangkaian Terkini WD40 Specialist Automotive Khas Untuk Pemilik Kenderaan
Kuasa Berganda
Optimakan Fungsi Kereta & Motorsikal dengan WD-40®,
Pakar Pencuci & Pelincir Automatif yang Unggul!
Memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar dan selamat
sepanjang perjalanan adalah perkara yang penting bagi setiap pemilik kenderaan.
Jenama
unggul WD-40® menampilkan rangkaian terkini iaitu WD-40®
Specialist™
Automotive yang khas untuk membantu pemilik kenderaan mencapai matlamat tersebut.
Rangkaian pakar produk penyelenggaraan kereta dan motorsikal ini dicipta khas
oleh WD-40® untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam
keadaan yang baik dan bergerak dengan lancar semasa di jalan raya.
Rangkaian
produk ini terdiri daripada tiga jenis produk pencuci yang berprestasi tinggi
dan dua jenis produk pelincir yang berkuasa. WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine
Degreaser berupaya untuk menanggalkan kotoran, tar, gris yang degil, pelekat
dan sebagainya. Ia amat mudah dibersihkan dengan air!
Inovasi
WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner juga
memberikan kesan maksima bagi meningkatkan prestasi kaburetor dan sistem enjin
termasuklah mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Ia juga digunakan untuk
membersihkan kotoran, varnis dan karbon yang melekat dari kenderaan.
Sementara
itu, WD-40® Specialist™ Automotive Brake & Parts Cleaner mampu membersihkan cecair
brek, gris, minyak dan kotoran daripada plat cakera brek dan angkup brek tanpa
menanggalkan bahagian tersebut. Bersifat
tidak menghakis, formulasi ini boleh menhentikan bunyi cakera brek dan
menghapuskan geseran pada clutch supaya pemanduan lebih lancar.
WD-40®
Specialist™ Automotive
Chain Lube menawarkan pelincir yang bertahan lama dan perlindungan optima,
sesuai untuk motorsikal, kart dan ATV. Pelincir berprestasi tinggi ini bersifat
anti-haus dan mampu menembusi bahagian-bahagian yang sukar dicapai memudahkan
kerja-kerja penyelengaraan.
Dan
akhir sekali, WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing Lubricant mampu memperpanjangkan usia
belt kenderaan. Daya serapan terhadap kod fiber menjadikan belt kenderaan lebih fleksibel.
Di samping kehebatan rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive, formulasi asal daripada WD-40® yang terkenal dengan warna biru kuning ini mampu menyelesaikan pelbagai kerja penyelengaraan kereta termasuklah:
- Membantu menghidupkan enjin basah
- Melincirkan dan melindungi bahagian tertentu daripada karat dan haus
- Membersihkan peralatan mekanikal
- Menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar
- Memastikan operasi pencahayaan lampu lancar
- Memudahkan ketanggalkan nut dan bolt
- Melincirkan hab pacuan 4 roda untuk prosedur mengunci
Ternyata, WD-40® mempunyai solusi untuk setiap keperluan penyelenggaraan kenderaan anda. Ayuh ke [http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive] hari ini untuk menerokai lebih banyak panduan bagaimana WD-40 mampu meningkatkan prestasi kenderaan anda!
Tentang syarikat WD-40®
Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat
dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh
dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung
anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile
(peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas
bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat,
menghilangkan kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40
sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan
dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif
, sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam
pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40®
Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40®
Specialist™ Automotive.
Rangkaian produk WD-40®
boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat
lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com
3 Comments
wah..terbaik..:)
ReplyDeletepenting bagi setiap rumah n kereta..
ReplyDeletewahh..menarik ni
ReplyDelete