SAFI BALQIS OXY WHITE

Sekarang ni kaum hawa tak kira yang remaja ataupun yang dah berkerja macam kak fiezz ni, amat mementingkan penjagaan muka. Kenapa perlu jaga? Nak ke kulit muka kusam dan gelap..Tambahan pula rutin harian kita yang sibuk & terdedah dengan cuaca tak menentu, udara yang tercemar, pemakanan kita yang tak seimbang semua memberi kesan pada kulit kita yang menyebabkan kulit muka kusam dan gelap..Jadi penjagaan muka perlu di titik beratkan samaada dengan pengambilan makanan tambahan atau vitamin untuk merawat kulit dari dalam atau menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian untuk membantu memperbaiki struktur kulit kita di bahagian luaran..Yang terbaik adalah pengambilan makanan tambahan atau vitamin untuk kulit bagi merawat dari dalam tapi kak fiezz tahu ramai yang malas nak makan2 vitamin ni..Jadi kak fiezz cadangkan korang WAJIB menjaga kecantikan kulit dengan menggunakan produk kecantikan yang bagus....Persoalannya banyak produk kecantikan sekarang ni..Mana nak cari produk kecantikan yang bagus?okey, meh sini kak fiezz nak kongsi set produk kecantikan jenama Safi Balqis Oxy White..Yang bestnya set Safi Balqis Oxy White ni, selain merawat dari luar, ia juga bertindak seperti vitamin kerana dapat merawat kulit dari dalam juga..Jadi tak pening nak kena makan vitamin & jaga kecantikan muka dalam masa yang sama..Dengan Safi Balqis Oxy White, ia bertindak 2 dalam 1...

RANGKAIAN PRODUK SAFI BALQIS OXYWHITE

Memahami kehendak setiap gadis untuk memiliki wajah cerah sempurna, Safi jenama HALAL tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baru dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit muka kusam dan gelap. Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.


Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Di bawah set SAFI BALQIS OxyWhite yang terdiri daripada :~

   SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
   SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
   SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

www.fiezasani.xyz
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek          : 50g/ 100g
RCP                : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

(a)  Membersih jauh ke dalam liang pori
(b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
(c)  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
(d) Sesuai untuk semua jenis kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek          : 100ml
RCP                : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

(a)  Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
(b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
(c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek          : 45g
RCP                : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

(a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
(b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka 
(c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
(d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
(e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam



www.fiezasani.xyz
                                                         Rangkaian produk Safi Balqis

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

👉Masalah JERAWAT 

7 Comments

  1. Safi balqis memang produk yang dah terkenal....

    ramai yang dah guna dan merasai keberkesanannya

    ReplyDelete
  2. suka dgn produk safi ni..sesuai dgn saya

    ReplyDelete
  3. Assalam..nak tanya..kalau jenis kulit kombinasi(minyak n normal) sesuai guna yang kawalan minyak ke or wrna biru?muka saya adala jerawat kecik2 kat zon T..n klu kita just guna pencuci muka n toner utk permulaan,bagi kesan tak sbb tak guna krim pelembap tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear..Sorry, tak boleh nak jawab sebab tak expert pasal ni..Better jumpa pakar..Tapi kalau tanya saya setiap kulit individu berbeza..Kalau konsep yang saya guna, saya akan cuba dulu mana2..Kalau tak serasi sebab ada kesan sampingan macam jerawat, saya stop yang tu & cuba yang lagi satu..memang membazir tapi saya suka test sendiri dari tanya pendapat orang lain..sebab kita lagi kenal kulit muka kita macamana..sorry, kalau jawapan tak memuaskan..

      Delete
  4. Nak tnya kna pakai brpa kali sehari untuk krim pencerah lngkap and pelmbap gel

    ReplyDelete