Pertama Kali Cuba Makanan Korea di Dubuyo Sogo
1st time makan makanan korea...Seriusly, kalau orang lain dah beratus kali makan makanan korea..kak fiezz tak pernah terfikir nak cuba sebab kak fiezz bukan peminat cerita korea..haha..ada kaitan ke?agaknya la..kak fiezz selalu fikir, kalau orang suka tengok cerita korea, mesti suka makanan korea..kak fiezz bukan peminat cerita korea..tapi seorang kawan kak fiezz dalam gambar ni, peminat cerita korea..dia tau je cerita korea yang mana paling top..kak fiezz memang, ermmm..sekian..hehe...Berbalik pada cerita makan makanan korea ni, waktu lunch tadi kak fiezz & kawan-kawan makan kat Dubuyo Sogo..Biasa la hari jumaat, rehat lama kan..Jadi kakitangan kerajaan macam kak fiezz & kawan-kawan ni, memang cari peluang la makan kat luar..Tukar selera sekali-sekala..Tak selalu..Selalunya time2 dapat gaji macam ni..Boleh la makan kat luar..Jadi tadi pilihan sponsor di Dubuyo Sogo..
Nak order tadi pun, kak fiezz & seorang lagi member tak tahu nak order apa..Kitaorang berdua tak pernah try makanan korea..Jadi minta pendapat kawan kak fiezz yang fanatik dengan korea tu bagi cadangan..Jadi kawan kak fiezz, cadangkan menu kat bawah ni..Maaf, nama menu tak ingat...haha..Rasa dia macamana?Untuk selera kak fiezz yang tekak melayu atau sekali-sekala western ni, boleh lalu kat tekak makanan korea ni..Sedap...Kimchi tu 1st time cuba..Eh!!Sedap..Patut la ramai orang suka benor dengan Kimchi..Sebelum ni pelik juga, apa yang sedapnya..Bila dah rasa..Hah, ko!!Sedap...Tapi kak fiezz tak makan habis kimchi tu sebab risau perut tak boleh terima..Tadi test dulu tengok perut tahan ke tak?Bukan apa takut mengulang ke bilik ayor..dan sangkaan kak fiezz meleset..Tak ada berulang ke toilet..Terbaik!!Jadi lain kali boleh cuba lagi makan kimchi atau makanan korea ni...
Ni la menu tengahari kak fiezz tadi..Nama makanan tak ingat tapi air Ice Peach Tea...Favourite kak fiezz air ni...
Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan..Handphone lama..Nak kena tukar ni..eh!!motif sangat..hehe..Abaikan kawan kak fiezz yang tunjuk kat makanan tu..
Geng lunch kak fiezz tadi..Yang tudung kelabu & specky tu kaki cerita korea..Dia la bagi cadangan pada kak fiezz & kawan kak fiezz yang tudung corak2 tu, menu apa nak makan..Harap kitaorang tadi, macam dah blur..Apa la nak di order ni?Yang baju hitam tu, officer tempat kak fiezz..Lunch ni sponsor oleh officer kak fiezz ni..tQ Cik Julie..Lain kali belanja lagi..hehe
So, lepas ni nak ajak mr hubby pulak cuba makanan korea..Tak tahu la tekak dia boleh terima ke tak?tak cuba, tak tahu kan..Sekali-sekala tukar selera...
7 Comments
Fae pun tak berapa minat tgk cerita korea hehe tapi pernah cuba mknn korea. Kimchi memang sedapp.
ReplyDeletetak pernah cuba lagi makanan korea...boleh lah nanti singgha nak mencuba
ReplyDeleteterigin nk cuba makanan korea
ReplyDeleteAnnyeong-haseyo! maaf spam. Kalau mencari kimchi halal boleh whatsapp http://wasap.my/60196695062
DeleteVisit http://bit.ly/2mGJB38 for more details
Kamsahamida
Annyeong-haseyo! maaf spam. Kalau mencari kimchi halal boleh whatsapp http://wasap.my/60196695062
ReplyDeleteVisit http://bit.ly/2mGJB38 for more details
Kamsahamida
Tak pernah makan makanan korea,mesti sedap kan
ReplyDeleterobiahtul.blogspot.com
sedap ni makanan korea....best2
ReplyDelete