Nak Bela Kucing, Pastikan Kucing Melepas Di Rumah Sendiri
Entry ni berkaitan status semalam update kat fb..Geram je rasa..Ni khas untuk yang pencinta haiwan..Faham sangat korang sayang benor dengan kucing..Tapi tolong la beradap sikit..Jangan ajar kucing berak merata..Ajar buang depan rumah tuan dia..Agak2 tuan dia okey tak?Dengan bau-bauan + pemandangan yang tak baper nak indah di mata...Kak fiezz tak kisah yang suka sayang sangat dengan kucing..faham sangat la naluri sayang tu, kan...tapi yang marahnya kucing kesayangan tu duk membuang najis merata rumah orang, yang tu menaikkan kemarahan..Macam semalam, bukak je pintu bau semerbak..Dah tau mesti kucing melepas kat area koridor rumah kak fiezz ni..walaupun dia tak kena betul2 depan rumah kak fiezz..kena kat rumah sebelah..tapi bauan dia 'sila kongsi bersama'..jiran kak fiezz tu pulak, geli agaknya..harus la kan..kak fiezz pun geli..dia tak nak basuh..so nak tak nak mr hubby la tolong basuhkan semalam sebab kalau dibiarkan, nanti jadi port kucing tu membuang lagi..geram je, tau..kucing orang lain..orang lain yang kena basuh..tak nak pulak kucing tu membuang depan rumah tuan dia,kan..bagi makan nak..kucing melepas, tak nak uruskan..orang lain pula kena cucikan...
Kita ni duk kat rumah flat..Ikutkan syarat & peraturan perumahan awam tak boleh bela haiwan peliharaan tapi ada yang degil nak bela..tak kisah korang nak bela sebab korang pencinta haiwan sangat..tak macam kak fiezz ni, hah..tapi tolong la guna adap & kesedaran sivik untuk berhemah sikit..ni kang nak tegur, memasing dah jadi mak bapak orang..Ni untuk sesapa yang bela kucing la yea terutama yang duduk di rumah bertingkat-tingkat (flat derrr), tolong la nak bela kucing, sila kan tapi PASTIKAN KUCING TU MELEPAS DI RUMAH SENDIRI..Jangan time melepas, halau kucing tu pi koridor rumah orang lain..Rasa-rasa tak mampu nak beli pasir untuk kucing membuang, jangan BELA KUCING...Tolong guna akal fikiran yang Allah dah bagi tu untuk fikir kat orang lain yang kena basuh najis kucing yang sayang sangat tu...Lepas tu cuba letak diri kat tempat orang lain, rasa-rasa seronok ke tengok pemandangan hari2 longgokan buangan kucing tu di koridor rumah sendiri...Kak fiezz sabar lagi ni..Kalau dah melampau sangat, memang ku report je kat pengurusan...Semalam baru mr hubby basuh..Pagi ni, kucing tu duk melepas juga najis kat koridor..pffttt..bosan tau tak nak mengadap orang tak ada sivik macamni...Nak mengata tapi tak baik..Orang dah bagi duk flat, sewa pun murah..perangai tu elok la sikit..ni perangaiii...Pffffttt...
Maaf la entry ni memang geram sangat...Nak je tampal entry ni lekat kat kawasan rumah kak fiezz tu..geram sangat...
6 Comments
kadang geram gak. ada ntah kucing sapa .. cari port baik punya korek2 kat anah pasu bunga kita buat pi berak and kencing..
ReplyDeletekan..tak nak pulak kucing tu membuang depan rumah tuan dia..kalau jumpa tuan kucing tu, rasa nak sula je...sbb ajar kucing membuang merata rumah orang...orang lain pulak jadi tukang cuci najis kucing dia..pfffttt
DeleteSA suka kucing tapi x leh bela kat rumah...beli kucing suruh cik abe bela..so far kami dah ada Bengal Cat dan Scottish
ReplyDeleteSaya suka kucing gak SA tapi penakut..mr hubby suka kucing..ada la ura2 haritu mr hubby nak bela tapi sebab kitaorang duk flat, tak sesuai..takut kucing tu membuang merata rumah orang macam yang kitaorang kena skrg..huhu
Deletekami banyak kucing, tapi pandai cari tempat nak membuang di kawasan kami. x pi rumah jiran lain. tapi kucing jiran yg datang rumah kami. dah lah tumpang makan, membuang pula merata. pastu siap belasah kucing kat rumah lagi 😠😠😠grrr. bukan setakat kucing, ayam pon sama. tapi skrg ayam2 tu x nampak dah batang hidung dorg. maybe jiran dah sedar diri. cuma kucing tu ja sekali sekala dtg. sakit hati juga tiap hari bersihkan tahi ayam depan rumah 💩
ReplyDeleteRabia suka kucing juga.tapi disebabkan asma.tak boleh bela
ReplyDelete