Operasi Hari Minggu Menghapuskan Lipas Yang Bermaharajalela
Lipas oo lipas
Hari sabtu baru ni, aku melancarkan perang dengan lipas..Tak sengaja kisahnya..
Masa bangun pagi, aku nak siapkan breakfast..Sekali terjumpa serombongan lipas bawah surat khabar kat tempat letak bawang..Mak aih..beranak pinak ko lipas kat situ..Hah!!apa lagi..terus lancarkan perang...jenuh main spray2 kat lipas..maaf la jadi pembunuh lipas haritu..kita tak geli tapi marah sebab banyak sangat lipasnyaa..dah kenapa?Aku syak mungkin sebab tong sampah aku jenis tak bertutup..Jadi banyak la sisa makanan dalam tu yang tarik perhatian lipas-lipas ni..
Kat umah memang ada standby je spray bygon ni..Sebelum ni, abah yang rajin main2 spray lipas ni..tapi ni abah dah pindah duk kampung, nak tak nak aku la ambil alih tugas itu...ngeee
Dah spray anak-beranak lipas ni, banyak la yang keluar dari sarang..Masing-masing menyorok dari lalu-lalang depan aku..Tapi ada gak yang terlepas menyerah diri depan aku, memang kena spray la jawabnya..Sekejapan je lipas-lipas ni 'out'..Lepas dah spray ni, satu hal pulak kena lap atau mop balik tempat bekas-bekas spray tu kat lantai...tu yang malas nak main spray tapi dah banyak sangat, geram juga rasanya...Sampai habis la baygon tu..Petangnya beli baru tapi jenama lain plak..
Sama je fungsi cuma brand lain...Tapi untuk aku okey je, janji dapat menghapuskan lipas-lipas-lipas kat rumah aku..Dua2 penyembur lipas ni memberi kesan seperti yang aku nak & tidak mengecewakan..hehe..Cuma agak jenuh nak spray lipas-lipas yang banyak tuuu..Ambil masa juga nak hapuskan semua lipas-lipas tu..Kat bawah aku dapat beberapa tips/petua untuk halau lipas..Nanti aku cuba...
Dah aku membuat operasi besar-besaran menghapuskan lipas-lipas kat rumah hari sabtu tu, ada lipas yang balas dendam kat aku..Tak semua dapat dihapuskan, ada lagi tu..tapi lipas2 ni menyorok..Lepas dah setel operasi menghapuskan lipas-lipas tu, aku rehat duduk kat kerusi sambil layan tv..Sekali rasa macam ada menda naik kat tangan..Toleh2 tu diaaa ada sekor lipas tengah naik kat atas tangan aku..Apa lagi menjerit ler sambil melibas2 baju yang aku pakai sebab nak jatuhkan lipas tu..Sambil jerit, lari masuk bilik sebab mr hubby kat situ..Lipas yang naik atas aku tadi dah terjatuh, aku tengok lipas tu, menuju arah aku..weiii..balas dendam ko...Apa lagi lipas yang kejar aku tu kena spray pula dengan mr hubby..Rasakan ko..haha...jahat tak?terpaksa jahat...Sebab banyak sangat anak-beranak lipas kat rumah aku tu...Rimas weii..letak makanan atas meja, dah bertutup pun lipas ni boleh masuk kat celah tudung saji tu..tak ke angin..Kira nak letak makanan atas meja ke apa..Kena bertutup elok..Kalau tak, memang horay-horay lipas-lipas tu..
Tadi gugel petua untuk halau lipas..Terjumpa satu petua yang menarik..ada beberapa petua tapi aku suka yang satu tu..sebab bahannya senantiasa ada stok kat rumah...
Apa yang anda perlu buat adalah sebelum nak mop lantai rumah, atau lantai bilik air, campurkan air dengan perahan lemon. Kemudian baru gunakan air tersebut untuk mop lantai rumah. Bau citrik yang dikeluarkan oleh lemon itu akan menghalau lipas dan serangga lain.
Hari sabtu baru ni, aku melancarkan perang dengan lipas..Tak sengaja kisahnya..
Masa bangun pagi, aku nak siapkan breakfast..Sekali terjumpa serombongan lipas bawah surat khabar kat tempat letak bawang..Mak aih..beranak pinak ko lipas kat situ..Hah!!apa lagi..terus lancarkan perang...jenuh main spray2 kat lipas..maaf la jadi pembunuh lipas haritu..kita tak geli tapi marah sebab banyak sangat lipasnyaa..dah kenapa?Aku syak mungkin sebab tong sampah aku jenis tak bertutup..Jadi banyak la sisa makanan dalam tu yang tarik perhatian lipas-lipas ni..
PENYEMBUR LIPAS
Kat umah memang ada standby je spray bygon ni..Sebelum ni, abah yang rajin main2 spray lipas ni..tapi ni abah dah pindah duk kampung, nak tak nak aku la ambil alih tugas itu...ngeee
Dah spray anak-beranak lipas ni, banyak la yang keluar dari sarang..Masing-masing menyorok dari lalu-lalang depan aku..Tapi ada gak yang terlepas menyerah diri depan aku, memang kena spray la jawabnya..Sekejapan je lipas-lipas ni 'out'..Lepas dah spray ni, satu hal pulak kena lap atau mop balik tempat bekas-bekas spray tu kat lantai...tu yang malas nak main spray tapi dah banyak sangat, geram juga rasanya...Sampai habis la baygon tu..Petangnya beli baru tapi jenama lain plak..
Sama je fungsi cuma brand lain...Tapi untuk aku okey je, janji dapat menghapuskan lipas-lipas-lipas kat rumah aku..Dua2 penyembur lipas ni memberi kesan seperti yang aku nak & tidak mengecewakan..hehe..Cuma agak jenuh nak spray lipas-lipas yang banyak tuuu..Ambil masa juga nak hapuskan semua lipas-lipas tu..Kat bawah aku dapat beberapa tips/petua untuk halau lipas..Nanti aku cuba...
Dah aku membuat operasi besar-besaran menghapuskan lipas-lipas kat rumah hari sabtu tu, ada lipas yang balas dendam kat aku..Tak semua dapat dihapuskan, ada lagi tu..tapi lipas2 ni menyorok..Lepas dah setel operasi menghapuskan lipas-lipas tu, aku rehat duduk kat kerusi sambil layan tv..Sekali rasa macam ada menda naik kat tangan..Toleh2 tu diaaa ada sekor lipas tengah naik kat atas tangan aku..Apa lagi menjerit ler sambil melibas2 baju yang aku pakai sebab nak jatuhkan lipas tu..Sambil jerit, lari masuk bilik sebab mr hubby kat situ..Lipas yang naik atas aku tadi dah terjatuh, aku tengok lipas tu, menuju arah aku..weiii..balas dendam ko...Apa lagi lipas yang kejar aku tu kena spray pula dengan mr hubby..Rasakan ko..haha...jahat tak?terpaksa jahat...Sebab banyak sangat anak-beranak lipas kat rumah aku tu...Rimas weii..letak makanan atas meja, dah bertutup pun lipas ni boleh masuk kat celah tudung saji tu..tak ke angin..Kira nak letak makanan atas meja ke apa..Kena bertutup elok..Kalau tak, memang horay-horay lipas-lipas tu..
Tadi gugel petua untuk halau lipas..Terjumpa satu petua yang menarik..ada beberapa petua tapi aku suka yang satu tu..sebab bahannya senantiasa ada stok kat rumah...
Gunakan lemon
Satu lagi keajaiban Lemon ni, macam-macam perkara boleh dibuat jika anda simpan lemon. Bukan saja dalam menjaga kesihatan, malah boleh digunakan dalam urusan menghalau lipas.Apa yang anda perlu buat adalah sebelum nak mop lantai rumah, atau lantai bilik air, campurkan air dengan perahan lemon. Kemudian baru gunakan air tersebut untuk mop lantai rumah. Bau citrik yang dikeluarkan oleh lemon itu akan menghalau lipas dan serangga lain.
Sumber : http://www.jasduit.com
Okey, weekend nanti boleh cuba la...
Yang ni tips dari blogger HH untuk halau lipas..Nanti aku cuba juga yang mana senang nak cari bahan...

- Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
- Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
- Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
- Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
- Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
- Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
3 Comments
Pandai pulak cik lipas ni nak balas dendam. Hihi..
ReplyDeleteBtw, awk ditag.. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blog-award.html
Byk tips ni. Boleh cuba nt
ReplyDeletekena minta lemon jiran sebelah rumah ni. paling benci serangga terbang
ReplyDelete