Cuba Shopping Di Shopee.com.my..Best ke tidak?
Percubaaan kali pertama shopping di shopee.com.my..
Masa mula-mula macam was-was je nak shopping kat website ni sebab macam tak glamer plak..Selalu dengar Lazada, Zalora..Ni antara yang top & selalu aku shopping jugak..terutama Lazada tu..Favourite mr hubby tu..Kadang mr hubby order, letak alamat pejabat aku..Selalu la aku terima barang-barang dari Lazada..Member2 ofis duk ingat aku yang shopping..padahal mr hubby..okey, tak pe..letak ke tepi pasal Lazada tu..Ni nak cerita pasal website shopee tu..
Aku dengar pasal shopee ni dari seorang member ofis..Dia beli satu produk kat sini..Katanya murah..Aku try usha..dan yess..memang murah beb..Shopee ni macam one stop centre yang jual pelbagai barang dari ramai seller..bezanya dari segi harga..produk yang sama tapi harga ditawarkan ada murah..ada mahal..Terpulang pada poket masing-masing & stok yang ada masa korang nak beli tu..Kelebihan shopee ni, sebelum beli barang yang korang nak, korang boleh chat atau contact dulu dengan seller untuk tanya samaada item masih ada stok atau tidak..Aku dah cuba beberapa kali chat dengan seller..dan dapat jawapan terus dari seller..Kalau tak ada stok, korang boleh cari seller lain yang turut jual item yang sama..cuma beza harga..yup, yang ni aku dah experience sendiri..Masa nak beli item tu, harus la aku pilih yang murah..tapi stok dah habis..Jadi ambil yang mahal sikit tapi harga jauh lagi murah dari harga asal...Jadi aku rasa website ni memberi kelebihan pada pembeli macam kita untuk dapatkan produk yang kita nak dengan harga jauh lagi murah dari pasaran tetapi keburukan pada peniaga kerana ada persaingan harga..huhu..sorry, just my honest opinion pasal website ni..Yang aku cerita ni sebab ada produk yang dijual secara online oleh seller individu kat FB / IG turut ada dijual kat shopee ni..Selain dari tu, ada juga barangan lain..Contoh barangan wanita/lelaki/aksesori/bag/barangan mekap & banyak lagi..
Apapun sebagai pembeli, kita tepuk dada tanya selera...Peniaga pun mencari rezeki...Diaorang guna segala medium yang ada untuk lariskan jualan & persaingan harga tu tetap wujud di mana-mana..dan untuk para peniaga, percaya dengan rezeki masing-masing...Insyaallah..kalau Allah dah tetapkan itu rezeki awak..tetap rezeki awak..rezeki tak pernah salah alamat..So just chill & keep promote your item ;)
6 Comments
Barang pertama sy beli Dr shopee ni adalah DSLR(tlg org belikan) n saya tanya ngan seller tu psl shopee tu, kesimpulannya shopee ni mmg menguntungkan seller n memudahkan customer
ReplyDeleteTak pernah lagi shopping kat sini...
ReplyDeleteHi, saya datang singgah sini sambil folow awak.. Good luck! :D
ReplyDeleteyey ada tempat baru leh shopping.. nnti lea jengok sana.. Thankz share kat sini.. hehehe
ReplyDeleteWife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.
ReplyDeleterabia tak pernah beli dengan shoppee,go shop ke,,cuma beli dalam instagram dah fb je..
ReplyDelete