Kempen Tanpa Polisterin..Bawa Bekal Dari Rumah
Minggu lepas beli breakfast kat tingkat 4..Masa nak ambil polisterin, tak perasan dah bertukar kepada bekas plastik macam kat bawah ni..Member yang perasan..Atas meja ada tulis nota satu bekas plastik ni di caj RM0.20...ohmaiii..patut masa masuk2 kat cafe, aku nampak 2-3 orang letak makanan dalam bekas masing-masing..Tapi ingat biasa je sebab kadang ada juga yang buat macam tu tahun lepas..Lepas dah nampak note tu, baru macam 'lerrr..patut ada yang letak dalam bekas sendiri, rupanya kena caj RM0.20'..
Ohhh..Malaysiaku..Kenapa semua nak di caj ni?Aku ingat kat cafe tingkat 4 ofis aku ni je, yang buat macam ni..Aku beli lunch kat blok sebelah, JKR pun sama..Lagi best, bekas plastik ni RM0.50..Sebabnya aku beli tomyam seafood + nasi putih..Harga tomyam tu RM4.00 je..Masa bayar, cashier beritahu harga RM4.50..Omgeee..Okey, fione..lepas ni bawa bekal nasi dari rumah..Beli lauk je kat ofis..
Malaysia ku...
Aku ingat kempen tanpa plastik bukan kat area Selangor je ke?Aku kerja area Kuala Lumpur..Mak confusee..ke ketinggalan ni?adehhh..Apa la nak jadi dengan Malaysia ni, semua nak di caj?ayoyo..Haritu pi ke IOI Mall Puchong, beli barang kat Daiso..Lepas bayar, cashier tu tak masuk barang dalam plastik beg pun..Lepas tu baru tanya mr hubby, IOI Mall ni dah masuk Selangor ke?mr hubby cakap ler, iya..confuse sebab rumah aku dekat je dengan IOI ni..tapi alamat rumah aku KL..so, confuse kejap...
Okey, lepas ni memang kena standby je beg shopping dalam kereta..Masuk mall je, siap bawa..Macam mak aku cakap, beli ke tak belakang kira..Bawa je siap2..Baiklahhh...Kempen tanpa beg plastik bermula di tahun 2017..Positif..positif..positif...
4 Comments
Kalau tak silap PC dah setahun dua sesetengah pusat membeli belah buat kempen tanpa plastik ni..tapi sebelum ni cuma hari sabtu minggu kedua kalau tak silap..sekarang ni tak pasti..alahai...betul..memang kena stand by plastik atau bakul..
ReplyDeletewah..kna ready beg plastik sendiri la klu mcm ni.
ReplyDeleteMelaka dah buat konsep ni dah beberapa tahun, so far alhamdulillah dah terbiasa bawa beg plastik/ beg sendiri semasa shopping. Bekas makan pun sama. Senang je nak implemen, mulut manusia ni je yang mengomel ni susah tu susah, sebab tak nak berubah.
ReplyDeleteTak digalakkan makan dalam polisterin ni..
ReplyDelete