Sebelum aku cuti2 malaysia 2 minggu lepas, aku ada up status pasal barang-barang yang aku beli pending di Pos Laju & Gdex..Salah satu item yang dihantar melalui GDex tu aku nak guna masa gi cuti2 malaysia tu..Tapi bila check status dalam GDex..Pending kat office dorang..Okey fione..Terus la laju2 aku call nak tanya status..Kalau barang masih di pejabat dorang, aku & mr hubby nak buat self collect je kat GDex...Dari pagi aku call sampai ke petang, harammm berjawab..Dah kenapa?takkan tak ada customer service..Teruk betul service GDex ni kalau banding dengan Pos Malaysia rasanya..Aku berjaya call GDex dah petang..time nak balik macamtu..Check dengan customer service dorang, confirm barang aku tak ada bawa keluar pun hari Jumaat sebelum aku start cuti haritu untuk penghantaran..Jadi aku minta hold je la..esoknya (sabtu) aku buat self collection kat pejabat dorang di P.Jaya...

Kejadian hari sabtu di GDex PJ (HQ)

Sampai2 je kat GDex PJ, nampak kat tempat untuk collection ambil barang ramai orang tengah beratur...Agak ramai masa tu..Aku is pasrah je la kena beratur gak..Nak ambil barang punya pasal...Betul gak mr hubby sound kat orang GDex ni, kenapa tak ada no. giliran atau macam kat Pos Laju Brickfields..Customer boleh letak kad yang diterima masa posmen hantar barang tapi kita tak ada kat rumah atau kita boleh tulis no.tracking pada kertas. Nanti orang Pos Laju akan cari dulu barang kita dan lepas tu baru panggil nama..kan lebih sistematik macam tu..eh!!terpuji plak..Okey part ni aku memang puji Pos Laju terutama yang di Brickfields tu..

Kat Gdex ni ada 3 kaunter..Yang berfungsi cuma kaunter 1 & 2 je..Kaunter 2 tak berfungsi sebab ada seorang customer tunggu kat situ dari kitaorang masuk sampai keluar..dalam 1 jam lebih juga le..Yang kaunter 3 ada staff perempuan india tapi dia buat kerja lain kot..Jadi kaunter yang berfungsi kaunter 1 je..Tapi slow...Pasrah je la beratur kat lane untuk kaunter 1 tu..Dalam aku beratur tu, agak lama juga la..Datang seorang perempuan cina terus pergi ke kaunter 3 (yang perempuan india tadi)..Dia check no.tracking..Dan surprisely dia terus dapat barang dia sebab agaknya barang dia dah ada kat situ..eh!!confuse kejap..kaunter 3 berfungsi ke tidak?Sebelum perempuan cina tu datang..ada seorang brother melayu pergi tanya kat kaunter 3 ni..status barang dia sebab barang dia GDex kejap kata kat Caw.Wangsa Maju..kejap kat PJ..Jadi brother melayu ni nak tanya status barang dia tu dengan staff perempuan india ni tapi dia tak layan..Dia suruh brother ni beratur..Alih2 datang yang perempuan cina tu, eh..dia layan pula..hah!!terus ada seorang uncle cina yang beratur sama barisan dengan aku tapi dia belah depan, dia sound staff india hat perempuan tu..Dia cakap macamana sistem kat situ..Dia dah berdiri setengah jam kat situ..Alih2 datang perempuan cina yang pergi ke kaunter 3 tadi, laju dapat barang dia tanpa perlu beratur..Aku pun angin..tapi malas nak kecohkan keadaan..Bising juga la uncle cina tu..yang staff perempuan india ni dah kena sound, terus lari masuk dalam pejabat..Lepas dia dah masuk tu, kebetulan datang sorang staff lelaki india ganti tempat staff perempuan india tadi kat kaunter 3..Mr hubby pun tolong bising sekali kat staff Gdex ni..mr hubby sound 'company multimillion..besar..tapi tak ada sistem nombor giliran utk customer'..Dalam mr hubby bising tu, dengan aku sekali kena marah..haha..Mr hubby suruh aku beratur kat kaunter 3 tu..Aku jawab la balik, confuse nak beratur kat kaunter tu sebab berfungsi ke idok?Tapi bila staff lelaki tu bagi signal kat aku, terus aku bagi no.tracking..Dia check dalam sistem & kena tunggu kejap..Masa tunggu tu, ada la sembang dengan seorang abang yang tengah tunggu turn jugak yang mana dah 1 jam dia tunggu, barang dia tak dapat dikesan kat GDex tu..dia cakap dah 3 minggu barang dia pending..GDex tak nak hantar ke alamat dia..Dia pergi ke cawangan GDex yang dekat dengan rumah dia..tapi GDex inform barang dia dah masuk stor tak boleh ambil..eh!!pulak..lepas tu dia check balik, barang dia dah hantar ke GDex P.J.ni & kena buat self collection..Masa kitaorang dah dapat barang, abang ni masih lagi tunggu barang dia..Adoiii..banyaknya masalah GDex ni..Fobia rasa nak guna GDex..Eh!!sebelum tu, masa tunggu giliran tengah beratur..Ada 2 orang pelanggan, barang dorang tak dapat di kesan kat Gdex..Salah seorang pelanggan tu pakej sindir staff GDex tu?Dia tanya berapa lama dia nak tunggu untuk dapat barang dia?1 hari, 1 minggu, 1 bulan atau 1 tahun...Boleh staff GDex tu jawab 'Ooo..tu kita tak boleh pasti..Nanti kita call'..amboi, cuba letak diri awak kat tempat customer, boleh terima tak jawapan tu?Rasanya awak pun melenting..Tipu la kalau cakap tak marah..Aku yang dengar ni pun, rasa nak lempang je masa staff Gdex bagi jawapan camtu..

Lepas kes aku pi collect barang kat Gdex PJ ni, aku dapat barang lagi untuk job blog aku ni & penghantar guna GDex gak..adehhh!!fobia tak hilang lagi..Kali ni malas nak pi collect..Nak tengok berapa lama barang aku ni pending kat GDex..GDex pickup dari seller 4hb Januari 2017...Nanti aku cerita entry hat lain pasal ni..

Gdex oo Gdex..Banyaknya masalah uolls...Orang fobia tau nak guna servis awak kalau berterusan macam ni...Do improve your service...

2 Comments

  1. nasib gdex kelantan ok lagi buat masa ni..:)

    ReplyDelete
  2. mak pnjg nya barisan nak barisn, dorg kat kaunter da nmpk cstmr Q pnjg , kena la bukan 3 kaunter tu skali, adohaii..

    ReplyDelete