Serlahkan Keyakinan Diri Dengan Enchanteur Paris..
Enchanteur..Satu jenama rasanya tak payah nak introduce bagai..Sebut je Enchanteur..Semua tahu..Lagi2 aroma wangian dari jenama Enchanteur sangat best..Lembut..Wangi..Kalau lalu tu, semua tengok..eh!!sapakah gerangannya itu..hehe..cewah..kalau anak dara okey le kalau lalu, orang toleh lagi sekali..Kalau status isteri orang ni..Mau kena kejor rasanya..haha..Pemakaian perfume, losyen atau deodoran dari jenama Enchanteur ni bukan untuk menarik perhatian semata..Untuk keyakinan diri sendiri bila berhadapan dengan orang ramai terutama bagi yang bekerja..Dan selalu berurusan dengan orang luar yang datang ke pejabat atas urusan rasmi..Sebagai pekerja, tentu kita nak beri imej yang baik untuk syarikat kita bekerja kan...Tak de la, bila orang nak datang ke pejabat kita untuk urusan kerja, orang ingat kita sebab bau badan yang kurang menyenangkan atau bau keti yang asyam..Jangan gelak, hokay..Ni ada berlaku tau..Selain dari meningkatkan keyakinan diri di luar rumah, untuk para isteri pulak keyakinan diri di rumah pun adalah WAJIB, hokay..Jangan main-main..Harus la kita nak berwangi2 bila dengan suami kan..tak de la suami menahan perasaan je bau-bauan yang kurang menyenangkan dari isteri..Nak cakap, kang bergaduh..Makan hati je suami menahan perasaan...Oleh itu, dengan koleksi dari Enchanteur ni bagi aku memenuhi kriteria untuk meningkatkan keyakinan diri kita samaada di luar atau dalam rumah...dan juga
menyerlahkan
lagi pesona diri kita..
Koleksi terbaru dari Enchanteur iaitu ENCHANTEUR PARIS..Terdapat dalam 3 koleksi wangian yang berbeza..
Koleksi terbaru dari ENCHANTEUR PARIS yang aku cuba..
Semburan
Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS..Memberi rasa segar & kering sepanjang hari serta bau yang lembut...
Deodoran
Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS..Bau yang tenang & kekal kering sepanjang hari...
Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS..Antara kegemaran aku..Serius best sangat..Bauan yang wangi..Lagi satu aku suka, bila basuh tangan, tak rasa berminyak seperti losyen yang lain..Yang ni aku letak di pejabat..Bila guna ni, rasa satu bilik aku bau semerbak harum..ngeee...
Eh..Lupa pulak nak introduce korang dengan 3 variasi yang berbeza dari koleksi ENCHANTEUR PARIS..
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon
Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian
yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan.
Wangian Mon Amie yang ringan dan
menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum
Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR
PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum
Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi
yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif
dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria
dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran
Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum
Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist)
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.
ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle
Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah
wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini
lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah
ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum
Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk
jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura
dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda
dengan Deodoran Wangian Anti Peluh
Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR
PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan
dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum
Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.
ENCHANTEUR PARIS Adore
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore
adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban
nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam
mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng
pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara
utama yang amat penting. Losyen Wangian
Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care
Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai
bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore
yang tidak dapat dilupakan. Deodoran
Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum
Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya
memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan
terasa segar. Manakala Semburan Pewangi
Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak
haruman memukau yang menyegarkan.
Rangkaian
Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS
boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama
ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan
penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau
Rangkaian
Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS
Tiub (85ML / 100ML) RM7.50 / RM7.90
Botol (275ML / 300ML) RM16.95 / RM18.00
Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS
RM8.70
untuk 50ml sebotol.
Rangkaian produk penjagaan peribadi
ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya
besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman
Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
ENCHANTEUR
adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian
berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman
Perancis.
Wangian
ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian
di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.
0 Comments