Tahun ni paling banyak aku keluar masuk klinik gigi...waaa..tak suka tak suka..tapi terpaksa..paham je la kan kalau dah sakit gigi..memang angin satu badan je ghasa..tak pasal2 rasa nak marah dengan semua orang..Kat entry sebelum-sebelum ni aku pernah cerita pasal gigi aku berlubang...Klinik kerajaan yang mula-mula aku gi, aku suruh cabut gigi lain..dia pi cabut gigi lain..hangin je..gigi yang berlubang tu ternganga gitu..lepas dah cabut gigi yang tak sakit tu, gigi yang memang sedia berlubang tu on off sakitnya..pi klinik bayar..dr nak tekan sampai RM300-RRM400..kena bedah katanya sebab gigi yang berlubang tu susah nak cabut..terus tak jadi dengar dr cakap nak operate..pi pulak klinik bayar yang lain..Dr tak nak cabut pulakkk..katanya yang berlubang tu gigi untuk kunyah makanan..dah pulak..abis tuuu..aku yang menahan sakit weii..dr hat ni dia tampal je..masalahnya tampalan dia tak kuat sebab 2x, terbukak balik...masa nak tampal kali ke-2 tu, dr suruh aku buat sarung gigi untuk yang gigi berlubang tu..harga sarung tu RM500..ko ghasa??memang tak buat la..dia duk suruh aku pi buat kat klinik kerajaan sebab aku keja gomen..memang tak la aku nak gi klinik kerajaan..bad rekod dengan klinik gigi yang mula-mula aku gi masa sakit gigi haritu..tak kose aku..so lepas tampalan kali ke-2 tu tertanggal balik..aku biar je la gigi berlubang ni..tak sakit tak pe..tapiii semalam lepas breakfast, tetiba sakit gigi bermula..sebab aku rasa ada sisa makanan tersangkut kat situ..terus sakit sampai ke pagi semalam..stress..dah sakit gigi ni, bawak sampai ke kepala lerrr sakitnya..rasa nak demam pun ada...

Nak tak nak, menyerah diri ke klinik bayar lagii..pi klinik lain pulak..tak nak aku pi klinik yang dr cuma tampal je tu..kali ni pi kat Klinik Oug Dental Surgery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur..

Masa kat klinik ni, masuk je bilik dr..Beritahu nak tampal..Dr check..terus dr cakap tak boleh tampal lagi sebab lubang besar..aku pun macam okey..memang nak cabut pun gigi tu tapi 3 klinik sebelum ni, semua tak nakkk..yang klinik gomen, nak senang keja..cabut gigi berlubang yang paling senang..klinik bayor no.2, caj sampai 3-4 ratus..kena operate katanya..klinik bayor no.3, tampal je..pening aku dengan peel klinik2 gigi ni...penyudahnya klinik yang ni, memang dr suruh cabut..ada 2 cara dr bagi pilihan..satu buat rawatan akar..dr akan matikan saraf gigi tu jadi tak kan rasa sakit dan gigi tu masih ada..kos RM1,200.00...cara yang ke-2 terus cabut je..kos RM150.00..aku pilih?

Cabut je...tak larat asyik mengulang ke klinik gigi..Tanya dr, boleh ke gigi yang berlubang tu cabut..Dr cakap boleh je..eh!!macam senang le kiranya kan..kenapa klinik bayor no.2 tu suh operate bagai..dalam erti kata lain, macam susah le nak dicabut gigi tu sebab dia tengah2 belah atas..ntah..aku pun tak paham..nak amik kesempatan ke apa...tadi dr ni nak cabut..senang je..letak ubat bius..tunggu kejap...dr datang balik, terus cabut..senang je...tak perlu operate pun...opsss..lupa plak, sebelum bius & cabut tadi, dr x-ray dulu gigi..Nak tengok macamana cara nak cabut gigi..takut susah ke apa?nasib baik gigi aku tadi tak de problem apa2...


Dup dap dup dap masa duk kat kerusi ni...Lega bila gigi yang memang dah lama berlubang tu,berjaya jugak di cabut...sayang weiii..tapi nak buat macamana..dah sakit..jadi sila sayangi gigi memasing yea..aku pun tahun ni 2 batang gigi dah cabut..waaaaa...


Ni la gigi aku yang di cabut tadi..Aku edit bagi gambar macam ni..Menjaga sensitiviti orang Malaysia..kang ada lak yang komen, marah..napa letak gambar gigi berlubang, kotor kat sini..Padahal blog aku ni..haih..tak pe la..malas nak cari gaduh..sebelum orang komen bukan-bukan, kita kasi edit dulu..kalau perasan dalam gambar gigi ni..yang ada garisan warna biru, tu la besar lubangnya..mana tak sakit weiii..berdenyut2 kalau sakit...


Total kos

Consultation ~ RM40.00
X-Ray ~ RM80.00
Cabut Gigi ~ RM150.00
Ubat-Ubatan ~ RM40.00

Jumlah Keseluruhan ~ RM310.00

Entry sebelum ni pasal gigi

1 Comments

  1. last cabut gigi tahun 2011 dulu, setahun lepas kahwin...sian laki saya, dapat bini gigi dah kurang satu...kih kih kih...

    ReplyDelete