The Kabin Kuala Selangor Review
Entry ni cerita cuti2 awal tahun haritu..huhu..Dah kenapa lama sangat baru nak hegeh2 nak update..Jangan tanya..Konon2 tangkap gambar pakai kamera, penyudahnya nak transfer gambar pun ambil masa..Aku tak reti nak transfer gambar dari kamera ke pc/laptop..Kena tunggu mr hubby yang buat..Dah mr hubby yang buat, mmg ambil masa lama le baru nak transfer..Dah lama sangat baru nak transfer gambar dari kamera, mood nak cerita pasal cuti2 ni pun dah kurenggg..ni yang baru ber'update..
Cerita pun dah lama so aku ingat tak ingat je kronologi bercuti ke sini..ngeee..aku cerita serba ringkas je la yeak. Untuk korang yang nak lari dari kesibukan kerja & release tension, penat bekerja..Percutian kat The Kabin ni sangatlah sesuai untuk korang..Kat sini, tenang & rileks..Aku macam pelik sikit masa mula2 sampai sini sebab tenang sangat..haha..dah biasa kat KL bising..dengan jammed bagai..tetiba datang sini, tenang gitu..ni aku la..tak tahu pada orang lain..tapi tempat ni memang sesuai sangat la nak lari kejap dari kesibukan kerja..
Plan bercuti ke sini sebab aku menang GA anjuran blogger Ayue Idris & SayaIday yang aku joint kat SINI..Percutian yang aku menang ni merupakan hadiah utama..Sebelum2 ni masuk GA, tak pernah menang..Sekali menang terus hadiah utama..Mau tak excited..Alhamdulillah, rezeki..
Sambung balik citer, yang aku menang ni dapat bilik jenis Durban..Rate RM169.60..Acane rupa bilik ni..Pi tengok kat bawah ni, naa..Lagi best bilik aku ni betul2 mengadap kolam renang..yahuuu..walaupun main di gigi2 air je..ngeee..Eh..lupa lak, kitaorang gi bercuti ke sini dengan family aku sekali. Jadi tambah bilik jenis SANTO (RM254.40 - Pool View)..Yang tak mengadap pool view, murah sikit (RM222.10)..Ni rate masa aku gi bulan Januari lepas..tak tahu la kalau rate dah naik..
Bilik Durban - Mengadap kolam renang
Bahagian dalam
Bawah ni bilik untuk family aku..
Bilik Santos.
Mak, abah, adik & wife..
1 katil queen/king size bed & 1 katil double decker
Bilik air kat Santos
Bawah ni pemandangan dalam The Kabin.
Bilik kitaorang yang dua belah bawah tu..Petang masa dah sampai ni, apa lagi..huray2 la kat kolam renang..mak aku pun boleh tahan..Lagi best masa ni tak de orang sangat..kitaorang la yang conquer..
Aktiviti yang boleh dibuat
Berbasikal..
Jalan2 kat Pantai..dekat je dengan The Kabin ni, jalan kaki..Boleh tengok orang mencari Remis..
Ni la rupa remis tu..aku pun 1st time tengok..
Ni aktiviti waktu malam..Lepas makan, balik ke bilik..tak tau nak buat apa..Layan main ni la jawabnya..Seronok jugak..Sekali sekala..kalau tak memasing mengadap handphone je..
Cafe di The Kabin
Menu
Mr hubby cakap, baca review kat blog2 kalau ke sini wajib cuba nasi lemak dia..Sedap..
Breakfast di The Kabin
Sudut membaca..seronok rasanya kalau baca buku tengok pemandangan macam ni..
Kami dah sampai kat sini..The Kabin..Next bercuti kat mana pulak..dah booking tiket pun..ngeee..
Ni info untuk korang yang nak bercuti kat The Kabin ni
Alamat : Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia
2 Comments
Love the concept and design. Minimalist dan moden!
ReplyDeleteYup..agree..concept is simple but modern..
Delete