Rezeki Dikongsi Bersama Lagi Di ezbuy.my
Alhamdulillah..Rezeki dikongsi bersama part 2 pulak..Kali ni rezeki shopping di ezbuy..Website yang meyediakan pelbagai barang untuk korang shopping tanpa perlu bersusah payah untuk bersesak memilih & membayar..Main klik2 je..Aku pernah up entry pasal website ni..Rujuk entry lepas seronok membeli di ezbuymy sebab murah ... Jangkaan sampai barang2 yang aku order ni awal..Kalau ikut ETA ~ 20hb ni..Ahad lepas terima e-mail & sms, barang dah ready untuk self collection di KL..aku yang pilih collect sendiri..Kenapa?baca kat bawah, yeak..
Seperti yang aku dah beritahu kat entry sebelum ni (rujuk link kat atas) untuk penghantaran sampai ke rumah, ada tambahan untuk caj pos laju..Caj penghantaran dari sana (China), lain..Ni caj penghantaran barang kat Malaysia pulak..Pihak ezbuy sini gunakan Pos Laju jadinya ada la tambahan kos..Memandangkan ahkak ni berkira sikit (oppss..hehe), aku pilih untuk buat self collection je..PERCUMA..eh!!saja je pilih self collection nak tunjuk kat korang website ni dipercayai..ada tempat untuk buat collection..Alhamdulillah, hasil aku pi collect sendiri barang kat situ..terbukti tempatnya wujud..maklum la barang2 kat website ni semua dari oversee..ada yang kurang yakin nak membeli dari web ni..
Bawah ni office untuk collection barang area KL..Dari hasil pemerhatian aku, office ni baru nak setup..Sementara menunggu staff dia duk check no.tracking aku, mata aku pun cuci le jap keadaan sekeliling..Nampak la dalam pejabat dia dalam proses nak touch up sikit lagi..Perabot, bilik, bilik air..semua baru..Barang2 untuk self collection pun banyak..Okey, ingatkan aku sorang je berkira..hihi..Ramai rupanya geng seangkatan..
Mula2 masa duk cari office ni pun agak pening sikit sebab tak de no.kat depan..Aku main agak2 je sebab nampak bersusun2 kotak, nasib baik betul..Baru nak tanya, nampak sorang staff dia keluar pakai t-shirt ezbuy..confirm la betul masa sampai kat sini..Kedudukan office ni dalam kawasan perindustrian..Masuk je simpang Jalan Kencana 20 ni, office dia betul2 kat bahagian depan..
Alamat untuk self collection barang ezbuy area KL..Selain kat sini, ada jugak tempat lain..Korang boleh rujuk entry aku yang lepas..Aku ada beritahu pasal ni..
KL service center self collection.
No.3 , Jalan Kencana 20, Taman
Kencana ,
cheras , 56100, KL.
TEL +60-03-27803898 03-27803898
Isnin-Jumaat : 10PG-6PTG
Sabtu : 10PG - 2 PTG
Jom tengok sikit barang-barang yang aku beli kat ezbuy..Kali ni rezeki dikongsi bersama Abah & Mr hubby..dan beli jugak untuk diri sendiri sebagai reward..
Untuk abah, aku beli bag pinggang sebab abah aku jenis suka pakai beg macamni..senang nak letak segala kunci, wallet, handphone & apa2 la yang boleh diletak..Material beg jenis kain..
LINK : BEG PINGGANG
Mr hubby, aku belikan beg silang..Pun sama untuk senang nak letak handphone, wallet, kunci & powerbank..especially time jenjalan..kalau tak, semua dalam beg aku..berat weii..sakit bahu..Material sling bag ni, kain jugak..
LINK : SLING BAG
Aku punya..biasa la pompuan, kan..berus mekap..memang dah lama aim nak beli sebab sekarang dah terjebak dengan mekap samaada untuk keluar atau gi ofis..H&M tu, seluar legging paras lutut..
LINK : LEGGING PANTS
LINK : COSMETIC BRUSH SET
Ni hasil shopping kat ezbuy..Kalau korang berminat nak dapatkan apa2 barang kat ezbuy, boleh la klik link yang aku bagi kat setiap gambar..Banyak lagi barang-barang lain..Boleh la masuk ke website ezbuy.. :D
Selamat ber'ezbuy korang...
5 Comments
bestnya..saya pun suka sjopping online gak hehehe
ReplyDeleteSama Linda..saya pun..tu kadang malaih nk masuk website shopping, mesti ada lekat punya.. ;)
DeleteWhere to check the tracking number after given by the ezbuy ?
ReplyDeleteDear ,login to your ezbuy account. Refer to My Parcel. You can see status of your item..
DeleteTeringin nak ada brush makeup lagi..bru ada sikit brush makeup ni..nak kumpul banyak2 brush ni..
ReplyDelete