Menu yang sama tapi berbeza cara masak..Yang atas mak aku punya resipi..bawah resipi mama (mak mertua)..Yang mana sedap?Dua-dua pun sedap cuma cara masak je berbeza..

Meh tepek resipi kat sini untuk rujukan aku..Kalau sesapa yang nak try, boleh je la pilih yang mana..

 Cara Mak (Resipi Mak) : ~

Bahan-Bahan : ~

a) Udang (suka hati nak baper banyak)
b) Bawang Merah**Kisar
c) Bawang Putih **Kisar
d) Asam Keping (1)
d) Cili Kering/Cili Api (ikut la pada tahap kesukaan pedas memasing)
7) Air  

Cara Masak ~


1) Kisar bawang merah, bawang putih dahulu & diikuti cili kering/cili api
2) Panaskan minyak terlebih dahulu.
3) Tumis bahan kisar (bawang merah & bawang putih). Selepas naik bau, masukkan cili kering/cili api yang dah dikisar tadi serta asam keping..Letak air sekiranya nak berkuah..Kacau2 & biar sehingga naik minyak.Masukkan udang.
4) Perasakan dengan garam & gula secukup rasa.
5) Kalau suka, boleh masukkan hirisan bawang sebagai hiasan. Kacau2 seketika.
6) SIAP

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Mama (Resipi Mak mertua) : ~

Bahan-Bahan : ~

a) Udang (suka hati nak baper banyak)
b) Bawang Merah**Kisar
c) Bawang Putih **Kisar
d) Cili Sos
d) Cili Kering/Cili Api**Kisar
(ikut la pada tahap kesukaan pedas memasing)

Cara Masak : ~

1) Goreng udang terlebih dahulu tanpa minyak. Lebih kurang dalam 5 minit. Ketepikan
2) Tumis bawang merah, bawang putih & cili kering yang telah dikisar. Kacau2 & tunggu sehingga naik minyak.
3) Masukkan cili sos, garam & gula secukup rasa.
4) Akhir sekali masukkan udang & hirisan bawang besar.
 5) SIAP

1 Comments

  1. kalau yani, yani prefer lauk cara mak fieza masak tu....berkuah banyak sedikit sebab memang jenis suka banjirkan nasi putih dengan sambal...hehehhe

    ReplyDelete