Kalau kat kampung, kita makan durian kat dusun..Kat KL, makan durian kita gi ke kedai dia..Tak de jual buah lain..durian je..memang rare!!!

1st time rasanya aku jumpa kedai yang specialty dia jual buah durian je..memacam jenis ada..tinggal pilih & bayor je..

Mr hubby yang bagi idea makan durian kat sini..Lupa pulak nak tanya macamana dia tau tempat ni..Yang aku tau dia cari dari fb je..Hari jumaat minggu lepas, dia ajak..tapi sekarang kan dah musim hujan..takut ujan pulak memalam..cadangnya nak naik motor je..naik keta bukan tak boleh..tapi kawasan rumah aku tu, kalau petang lepas kerja, ko bawak keta keluar..balik malam..nak dapat parking balik, memang berpusing la mencari..Jadi cancel pergi ke sini hari jumaat lepas kerja tu..Esoknya hari sabtu baru kitaorang gi ke sini..Guna waze je..Donalds Durian, P.Jaya..

Ni kedai dia..menarik sangat..tak pernah lagi kot aku jumpa orang bukak kedai jual buah durian je..yang selalu kita jumpa hat jual tepi-tepi jalan tu banyak..



Tak tau la kalau kat KL atau tempat lain memang dah ada kedai durian..aku yang tak tau..Jadi sudi-sudikan la kongsi kat ruangan komen bawah ni  kalau korang tau ada kedai durian lain kat KL ni..mr hubby aku tu memang peminat fanatik durian..
 
Blog Fieza Sani 

Dalam kedai..siap kerusi meja..macam kedai makan tapi special nya kat sini..cuma durian sahaja..dan air, air kosong..
Blog Fieza Sani 

Masa ni durian tak banyak..ni antara yang ada 
Blog Fieza Sani 
Jenis durian yang ada & harga..Musang King RM60 ko...terus amik D78 je..ahaks!!!  
Kitaorang amik sebiji je sebab nak test dulu, sedap ke idok..tapi dapat sebiji lagi free jenis kunbao tu..elok dah abis dua2 biji tu, dapat lagi sebiji free sebab...Iman jatuh dari kerusi masa syok tengah makan durian..tergolek seulas yang dia tengah makan tu, jatuh..tauke tu kesian, dia bagi sebiji free..kecik je.. 

Sedap ke tak?yang kitaorang pilih D78 tu tak berapa sedap sangat..Lagi satu jenis kunbao, yang kitaorang dapat free sebiji tu sedap..warna dia kuning, isi boleh tahan..rasa lagi sedap dari D78 tu..Eh..teringat2 pulak rasa dia..yang sebiji kitaorang dapat free lagi tu sebab Iman jatuh..tak baper sedap sangat.. 

Harga?RM31 je..okey la..buah durian..mana ada yang murah, yea tak??
Blog Fieza Sani 
Iman layannn durian..ingatkan tak makan..dia saja 4 ulas..eh..banyak tu untuk kategori budak umor 3 tahun lebih ni..  

Kalau korang nak terjah, boleh tengok info kat fb kedai ni..

5 Comments

  1. wahhhh menariknya kedai ni, selesa nak mendurian kan, sedapnya

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..fresh ni..tu yang lebih-lebih sedapnya.. :)

    ReplyDelete
  3. uniknya kedai ni..but i dont like durian..=(

    ReplyDelete
  4. Yang penting xada jampi2 ludah2..mcm dlm video yg viral tu.haha

    ReplyDelete