Nak share info dengan korang mengenai pemakaian perfume dengan betul..Rujukan dari video di atas..aku translate kan ke Bahasa Melayu..Aku masuk kan kat sini untuk rujukan aku..Jadi sekali la share info dengan korang..

Perfume ni ada banyak jenis..Meh la kita bersuai kenal dulu dengan jenis-jenis perfume..check it out kat bawah..
Balm Perfume (Kandungan aromatik : 1-5%)



Eau De Cologne (Kandungan aromatik : 3-5%)
Eau De Toilette
(Kandungan aromatik : 5-15%)
Eau De Parfum
(Kandungan aromatik :10-20%)
Parfum
(Kandungan aromatik :20-40%)


Dah kenal jenis-jenis perfume, sekarang jom check it out cara pemakaian perfume di atas ni..Penting sebenarnya untuk kita tahu cara pemakaian perfume dengan betul sebab kadang kita beli perfume mahal tapi tak tahan lama..bila berselisih dengan orang lain, bau perfume orang yang kita selisih tu, kan main semerbak..Yang kita punya sejam dua je ada bau, pas tu..bau tiak je..hehe..mungkin cara pemakaian kita yang salah..Oleh itu, mari la kita ber'eksperimen menggunakan minyak wangi dengan betul..Mungkin bau minyak wangi yang murah pun boleh tahan lama kalau kita guna cara yang betul..Contoh macam mr hubby, guna perfume yang biasa je..tapi kawan ofis dia siap tanya ingat mr hubby pakai minyak wangi mahal..sampai ke petang bau wangi..mana tak..mr hubby spray kat rambut jugak..sebab dari pembacaaan mr hubby, spray kat rambut..rambut tak berpeluh..jadi bau lebih tahan lama..mr hubby rajin sikit study..aku malas..video kat atas ni pun mr hubby yang cari..ahaksss!!serlah kemalasan..jom baca nak guna minyak wangi ni macamana mengikut jenis-jenis dia..

Balm perfum
Hanya calit sahaja di bahagian leher

Eau De Cologne
  • Belakang leher
  • Tepi leher
  • Pergelangan tangan
  • Siku
  • Belakang lutut (sekiranya memakai skirt @ seluar pendek)

Eau De Toilette
  • Tepi leher
  • Pergelangan tangan 
  • Belakang lutut (sekiranya memakai skirt @ seluar pendek) 

Berapa lama tempoh bau : berbeza mengikut individu..Mungkin ada yang 4 jam, 6 jam..jadi nak tahu berapa lama tahan pada korang, sila ber'eksperimen..

Eau De Parfum
  • Belakang leher
  • Pergelangan tangan

Berapa lama tempoh bau :: 6-8 jam

Parfum
Sapu di tepi telinga
Pergelangan tangan 


Berapa lama tempoh bau :Sepanjang hari

Apa yang patut korang tahu mengenai perfume??

Waktu yang terbaik untuk gunakan perfume
**Selepas mandi

 **Seeloknya sapukan moisturizer selepas perfume kering di tempat yang kita dah spray tadi untuk mengekalkan bau dia..Cari moisturizer yang tidak berbau..
Gigih aku cari moisturizer tau..moisturizer vaseline (unscented)..

 **Jarakkan 20-30 cm dari kulit semasa spray minyak wangi
Jenuh nak adjust spray jarakkan dari kulit..asik lari2 je..kena kat tapak tangan la, tak kena pun ada..duk aim kat pergelangan tangan..maklum le perfume mahai, nak spray pun hati-hati ko..hehe

**Selepas spray minyak wangi, terutama di pergelangan tangan jangan gosokkan (rujuk video)
Aku rasa yang ni, memang kita semua pun buat kan..nak bagi perfume tu bau satu badan..segala-gala tempat kita sapu..kat baju..leher..haha..so lepas dah tengok video ni, no no..jangan buat yea..

**Jangan spray perfume dari jenis yang berbeza dalam satu masa..
kang bukan bau wangi, tengik yang ada..haha ..Hat ni aku tak pernah la buat.. 
  
Ni info yang aku faham dari video di atas..Kalau korang nak more detail atau nak lebih faham, boleh la play video kat atas ni..no worry, english dia senang nak faham..tak 'slang' sangat pun..



0 Comments