Doa Kesuburan
Kat bawah ni aku share doa kesuburan yang aku dapat hasil dari google..yang TTC boleh la cuba amalkan..
Doa Kesuburan :
Doa Kesuburan :
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89).
Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai
Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak
meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)
Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)
Ketika
itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku
Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar (menerima) do'a
permohonan."
Keterangan ayat:
Al-Imam
al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda
tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah
memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka
baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya.
Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang
diwarisi turun-temurun.
Khasiat dan kaifiat beramal:
Melihat
ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan
pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga
dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail
untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x
Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan"
maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu
air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak
tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian
yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka
akan terbuka saluran tersebut.
Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai
benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan
dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu
beriman?
Di bawah ini pula adalah antara petua yang boleh diamalkan.
Perbanyakkan makan buah berikut :
Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
Buah Delima
Buah Zaitun
Buah Kurma
Jauhkan dan elakkan makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas serta makanan yang berasid seperti jeruk buah-buahan, Kurangkan makanan seafood. Banyak makan sayur dan buahan. Suami perlu banyak makan daging, ayam. Elakkan minum air kelapa.
SUMBER : DOA KESUBURAN
4 Comments
tq for sharingg :))
ReplyDeleteTerima kasih ye Fiza!!
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info..alhamdulillah..
ReplyDeletewc..sharing info for us TTC ;)
ReplyDelete