Meh nak share dengan korang prosedur untuk claim insurans kalau kehilangan kereta..First of all, check cover note insurans kereta korang & stated kat situ 'cover - COMPREHENSIVE'..

Al-kisahnya kereta personal aku hilang kena curi hari Jumaat lepas..aku tak tau citer kata keta aku ni hilang..balik keja, baru abah bitau..lepas dah hilang tu, abah try cari area-area kat situ kowt tersalah parking ke hapa tapi lepas dah dabel confirm tak ada..terus BUAT REPORT POLIS..keta ni atas nama aku..aku beli sebelum kawen lagi, sebelum aku masuk kerja government & sebelum kenal dengan mr hubby lagi..dah lama la keta ni..keta ni adik aku yang bawak sebab aku kan penakut nak drive..

At first mr hubby syak mebi keta aku ni kena tarik tapi mak aku tak konfiden..mak aku syak kena curi..hari isnin aku kall Unit Tarik kat bank, confirm tak de keluar sebarang surat untuk tarik kereta aku ni..Jadiknya semalam, aku pergi ke bank untuk claim insurans kereta hilang..yea, tau proses dia amik masa yang lama tapi kita submit je la..mr hubby pun cakap proses dia memang akan amik masa yang lama..besa la nak claim insurans kannn..padahal kalau time bayar, lambat sikit dah tepon, siap bagi sms reminder bagai..nak claim *&^%@^@&..okey..malas nak komen pepanjang kang, tak memasal kena saman lak..

Aku & abah gi ke HQ bank yang kitaorang amik insurans ni kat Jalan *****..sampai situ, aku tanya orang yang keja kat bank tu, dia suruh naik tingkat 3..naik tingkat 3, aku bitau nak submit untuk claim insurans kereta hilang..staff yang jaga kat kaunter amik no. tu suruh turun plak tingkat 2 jumpa dengan sekian, sekian person in charge..turun la kitaorang ke tingkat 2..sampai tingkat 2 tu, person in charge tak de..dah keluar lunch..aku pun story pasal nak claim insurans kereta hilang..staff tu cakap kat situ untuk datang amik cek ke hapa kalau dorang dah keluar surat untuk datang collect yang claim insurans kita tu kalau kita dah bersetuju dengan amaun yang dorang offer..lorrrr..staff tu bitau jugak kalau nak submit insurans bukan kat situ..kat P.J..kat KL pun ada jugak cuma dia advise better gi ke P.J. ni..aku mintak tolong bagi alamat..nasib baik staff ni baik, dia siap telefon yang kat KL ofis, boleh tak submit kat KL je..katanya boleh..alhamdulillah..kalau tak, nak kena gi P.J. plak..

Masa kat tingkat 2 tu staff bank tanya ada bawak tak dokumen2 sume..aku cakap ada..REPORT POLIS, COVER NOTE INSURANS, SALINAN IC, SALINAN LESEN..pas tu dia tanya, AGREEMENT KERETA ada?aku geleng kepala ar..mana ada..lama kowt..ntah mana-mana agreement tu..dia cakap boleh dapatkan balik tapi kena caj RM20..sebab dia cakap selalunya insurans akan mintak jugak..jadik aku kena naik balik tingkat 3..amik no..pas tu kena isi borang (nama, alamat e-mail, no.kereta) & pas tu dia bagi 1 resit, suruh buat bayaran kat tingkat bawah..dah buat bayaran, naik balik ke tingkat 3..pfttttt..exercise aku..sebab naik tangga..lif ada tapi macam hampeh dot com..lambatttt..setel dah bagi balik resit untuk bayaran RM20 tu, kena tunggu 3-5 hari bekerja..dorang akan e-mailkan..

then, aku & abah gi ke pejabat insurans bank ni kat area Jalan *****..dah sampai situ, amik no..tunggu giliran..sampai no.giliran, aku bitau kat kaunter nak submit claim insurans kereta hilang..dia check-check semua dokumen yang aku bawak tu..kat report polis tu kena cop pengesahan salinan diakui sah dari balai yang kita buat report kereta hilang  & kena caj RM2 untuk dapatkan cop tu..pfttttt..hangin je ghasa..tapi staff kat kaunter tu baik..dia cakap try tanya kat balai polis yang berdekatan kat situ..kalau polis tu nak tolong..lepas staff insurans ni bagi borang & check dokumen yang lain aku bawak tu, dia cakap semua okey..complete..kalau dapat cop dari balai polis ni, isi borang..dah boleh submit semalam jugak..aku saja tanya nak agreement ke?guesss what????tak payah..#$*&^..dah bayar kowt RM20 kat bank tadi..awat dorang ni prosedur tak sama..kat situ cakap nak..kat sini cakap tak perlu plak..hishhh..hangin jugak melayan karenah bank ni..tapi tak pe la, dah bayar pun kan..nak buat camne..kuar dari situ, kitaorang try gi ke balai polis yang staff tu cakap tadi..ermmmm..kat situ pun satu hal..polis baik sangatttttt..ada 2 orang polis masa tu..sorang laki, sorang pompuan..memula yang pompuan ni dah pegang cop pun..sekali dia pi tanya plak kat polis laki sebelah dia..terus polis laki ni cakap 'haritu dah jumpa pegawai kes'..aku cakap haritu jupe, bagi salinan dokumen2 tu je la..pas tu encik polis yang baik ni cakap kat aku, "cik kena gi jumpa balik IO (pegawai penyiasat) kes ni..'*&^%$#..erm..membantu sangatttt..terima kasih encik polis..:)

Balik keja, aku & abah gi ke balai polis yang kitaorang buat report tu..sebelum masuk tu, aku bitau kat polis yang jaga kat pondok pengawal tu..aku bitau nak dapatkan cop pengesahan kat report pasal kes hilang kereta sebab haritu report kat situ..guess what again????polis tu tanya aku balik 'oooo..haritu, dorang tak cop ke kat report?'..aku dengan senyum simpul jawab 'tak'..dalam hati..'derrr..korang tau kowt kena cop..kenapa tak cop awal-awal masa kitaorang buat report haritu'..kagum sangatttt dengan polis..tak pe ar, think +ve..dorang lupa kowt..banyak kes lain nak handle kan???

Sat gi nak submit borang insurans & dokumen-dokumen yang aku mention kat atas ni..hope, tak tukar plak ar statement kat insurans tu..semalam cakap sume dah okey..complete..

Update : Setel hantar claim insurans tadi..nasib tak banyak citer..just tunggu je nanti officer penyiasat dorang call & jumpat kat tempat kejadian (kereta hilang)..

4 Comments

  1. aku baca pun penat..mmg jenuh ahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tau x pe..memang sonok je kena ngan insurans, bank & polis yang sangat membantu tuuuu..

      Delete
  2. Assalam fieza,
    waaaaaaaaaa
    pulun iols baca sejibik2 tau3
    memang good info
    tapi memang takleh nak ingat semua prosedur tu kan3

    ReplyDelete
  3. Leceh juga kan prosedur2 nak claim insuran ni ye. Bengkek mmg la dah tentu kan sbb kreta dah hilang.. kreta pulak tak habis byr lagi dgn bank.cabaran smua tu terpaksa kita harungi. Huhu

    ReplyDelete