Prosedur Keluar Negara Untuk Kakitangan Awam
Haritu aku dah up entry pasal prosedur keluar negara untuk penjawat awam ni..sekali semalam boleh pulak aku ter'delete'..kan main laju je tangan ni delete..Sekali aisehhh..baru pasan aku delete entry ni..okey, tak pe..memandangkan ahkak is free sebab bos CUTI REHAT..yeayyyyy (lompat2)..jadik boleh la mengarang balik entry ni..kalau yang entry aku delete semalam tu, aku letak picture borang, surat tak full version kan..yang hat ni full version..nampak tak, betapa free nya aku..
okey, jom cekidaut surat & borang-borang yang perlu diisi kalau seseorang penjawat awam nak bercuti keluar negara..
Surat permohonan lawatan keluar negara di atas urusan persendirian |
Permohonan perjalanan pegawai awam keluar negara atas urusan persendirian |
Borang pengisytiharan perjalanan pegawai awam keluar negara atas urusan persendirian |
Rekod lawatan keluar negara di atas urusan persendirian (3 tahun terkini) |
Borang permohonan keluar negara dan kemudahan perlindungan insurans kesihatan di luar negara atas urusan persendirian |
Borang cuti rehat |
Dah siap semua isi, sila hantar permohonan ke Bahagian Sumber Manusia kat Kementerian memasing..settle..sila ar tunggu surat kelulusan dari BPSM..tapi honestly, surat kelulusan selalunya lambat..aku peratikan kadang pegawai dah masuk ofis balik, lepas seminggu dua baru dapat surat kelulusan..
Refer pekeliling >> Surat Pekeliling Bil.3 tahun 2012
1 Comments
Assalam fieza,
ReplyDeleteuols nk cotik2 obersee lagik yer :)