10 Produk Yang Jadi Pilihan di Althea. Recommendations and Wishlist.
Meh k.fiezz nak share produk-produk kecantikan k.fiezz dari Althea Korea..Majoriti produk-produk penjagaan muka k.fiezz..dari pencuci muka sampai la mask, boleh dikategorikan semua jenama Althea..#fliphair sikit..hehe...Senarai ni antara 10 produk dari Althea yang k.fiezz sedang cuba dan dalam wishlist...ho ho ho...tetiba nak gantung stokin, kot ada nak penuhkan stokin tu dengan wishlist k.fiezz ni..hehe....
so let's start dengan produk-produk yang k.fiezz sedang guna...
PRODUK ALTHEA YG JADI PILIHAN K.FIEZZ
Milk Peel Cream Mask
saiz - 50ml (RM36.00)
Milk Peel Cream Mask ni memang best sangat korang..kandungan utama dia dari ekstrak susu rasa nak minum je...tapi tak boleh la kan..sebab ni untuk muka..Yang best masa guna milk peel cream mask ni, dia akan bertukar tesktur dari tanah liat ke buih-buih geli untuk menanggalkan lapisan kulit mati pada kulit kita...Jadi lepas guna, boleh rasa licin je kulit...halus seperti baby gitooo...
RM53.10 (Petal Velvet Set)
Yang ni ada 3 jenis..k.fiezz baru guna yang warm beige tu..lepas guna foundation, dap dap dengan Petal Velvet Powder ni untuk nampak kulit kita kekal segar tak berminyak serta mekap tahan lama. selain fungsi dia untuk menutup pori-pori pada muka..
k.fiezz guna petal velvet powder ni kalau tangkap gambar, muka nampak flawless u...hehe..tu la rahsia dalam gambar, muka k.fiezz nampak licin je..padahal coverline baik punya dengan bantuan foundation + petal velvet powder...hehe
RM53.10 (Petal Velvet Set)
Untuk memastikan kulit k.fiezz sentiasa lembap dan terjaga, k.fiezz gunakan Petal Velvet Sunaway yang mengandungi SPF50+ PA++++..Dengan kandungan SPF serta PA dalam Petal Velvet Sunaway ni, dia boleh melindungi kulit dari pancaran matahari UVA & UVB...
Bau dia pun wangi dan tak melekit..tu yang lagi suka nak guna tu...
Kalau korang nak dapatkan petal velvet sunaway ni, boleh dapatkan set (salah satu kod Petal Velvet Powder + Petal Velvet Sunaway) dengan harga seperti di atas...
Real Fresh Skin Detoxer
Set RM77 (150ml)
Ni kak fiezz jadikan cleanser + daily mask...cuma guna 10 saat je & ratakan keseluruhan sambil urut muka..Real Fresh Skin Detoxer ni ada 2 jenis..satu dari Green Tea..dan satu lagi dari rose...
Rose boleh guna waktu pagi, lepas bangun dari tidur..kita nak nampak fresh jadi Rose membantu melindungi & seimbangkan ph kulit kita disamping membantu tekstur kulit nampak perfect bila kita mekap...
Green Tea - Guna pada waktu malam. Berfungsi untuk membersihkan muka serta menenangkan kulit..Digalakkan guna pada waktu malam kerana kebiasaanya waktu malam waktu aktif pertumbuhan sel kulit, pemakaian green tea skin detoxer ni memastikan kulit bersih dan bersedia untuk berehat sewaktu kita sedang tidur...
Set Bare Essential
RM104.40 (set)
Set skincare yang k.fiezz guna & maintain sebab serasi..Setiap item ada fungsi tersendiri yang membantu menjaga serta memastikan kulit sentiasa nampak berseri dan sihat..hehe...
Dengan Set Bare Essential ni, tak perlu solekan yang tebal..Yang penting cara penjagaan muka, boleh memastikan kulit kita sentiasa nampak segar, sihat dan cuma guna solekan nipis pun dah mencukupi...
RM5.00 (20pcs)
Makeup remover yang k.fiezz suka sangat sebab kandungannya dari oatmeal serta campuran ekstrak tumbuhan (mung bean, aloe & papaya) yang memastikan kulit sentiasa lembut & lembab...
K.fiezz rasa berbaloi dengan harga dia RM5.00 untuk 20keping...dan yang penting boleh bawa dalam beg untuk travel, outstation...
WISHLIST K.fiezz DI ALTHEA
Okey dah tengok produk-produk yang k.fiezz guna di Althea..Meh nak kongsi pulak wishlist k.fiezz di Althea..
Dah lama usya sleeping mask ni..macam best je..Berfungsi waktu kita tidur untuk memastikan kulit kekal lembut dan segar keesokannya..
Kandungan utamanya dari ekstrak green tea Pulau Jeju yang berfungsi untuk membantu mengekalkan kulit kita kekal lembab..Innisfree's Green Tea Sleeping Mask dalam kategori limited edition sebab dijual tidak lebih dari 3 bulan dari tarikh pembuatannya bagi memastikan bahan-bahan masih segar.
Ni pun k.fiezz excited nak cuba...Sesuai untuk kulit berminyak ataupun kombinasi..Jeju Volcanic Pore Clay Mask berfungsi - remove sebum, mencerahkan dan merawat kesan parut-parut..Serta membantu memulihkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dan memudahkan proses seterusnya iaitu makeup...
GINGER SUGAR LIP SCRUB (12G)
Asyik jaga muka je..bibir pun kena jaga juga uolls..so ni pilihan k.fiezz untuk penjagaan bibir...
Berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati di kawasan bibir kita yang halus ni. Diperbuat dari granul gula halus dan diselitkan shea & ekstrak halia untuk menghidrat dan melembapkan bagi memastikan bibir tetap lembut dan licin sepanjang hari...
Yang best Ginger Sugar Lip Scrub ni, ia tiada sebarang pewangi tiruan atau pewarna sintetik..SELAMAT untuk digunakan tanpa was-was...
PANDA'S DREAM BRIGHTENING EYE BASE (9G)
Tertarik nak cuba ni sebab bentuk dia comel..ni senang letak dalam beg..tak makan ruang yang banyak dalam makeup bag....Berfungsi untuk mencerahkan kawasan bawah mata yang tak cukup tidur ni...kalah orang ada anak kecik tau..haha...memang k.fiezz ni jenis tidur lambat...kalau tidur awal, sebab letih je...kalau tak...memang lambat la Zzzzz..mana tak lebam keliling mata ni...dah nampak hitam / lebam, mula cari produk yang boleh mengurangkan penampakan kesan lebam / hitam ni..hehe
So Panda's Dream Brightening Eye Base ni pilihan k.fiezz untuk membantu mencerahkan kawasan mata dengan menggalakan peredaran darah serta mencerahkan...bila dah cerah, senang la nak apply eyeshadow pulak...idak la jenuh tonyoh nak bgi tebal warna bagi nampak..haha
LIST TOP 10 PRODUK Di ALTHEA PILIHAN K.FIEZZ
So ni antara senarai 10 produk yang jadi pilihan k.fiezz di Althea..6 produk, k.fiezz dah cuba & sedang guna..lagi 4 produk masuk dalam wishlist..Nanti kaching kaching dalam akaun dah tebal sikit isi, boleh k.fiezz masuk bakul & bayar...hehe...
Banyak lagi produk-produk di Althea ni..korang kalau berkenan mana-mana, boleh klik je link yang k.fiezz letakkan kat setiap gambar....
5 Comments
menarik lak tgk panda dream brightening tu
ReplyDeleteyang ni JEJU VOLCANIC PORE CLAY MASK pun fav juga ni ...
ReplyDeleteBerhantu sungguh shopping dengan althea kan kak fieze hehe..rabia tak pernah shoping lagi dengan althea..macam-macam produk ada tu
ReplyDeleteramai dh cuba Althea, saya je tak cuba2 lagi..
ReplyDeleteJemput baca 10 wishlist saya juga kak Fieza hehe
ReplyDelete