Bila kita baik dengan orang tapi orang pulak ambil kesempatan kat kita..haih..it's life & part of experience gitu...kak fiezz ni nak kata baik..idak la juga..tengok pada orang juga la..kalau orang baik ngan k.fiezz, k.fiezz baik ngan orang tu jugak..sapa2 pun sama kan macam ni..cuma k.fiezz tak suka bila orang ambil kesempatan dengan kebaikan kita dengan dia...


kalau ada baca status k.fiezz kat facebook semalam, k.fiezz ada berkias cakap pasal peel orang ni..macam-macam perangai..ada yang rajin..ada yang malas..ada yang lepas tangan..hah, ni k.fiezz cerita pasal situasi di pejabat k.fiezz..mungkin ramai yang berperangai macam ni kat tempat lain jugak..Dan ni situasi k.fiezz di pejabat sekarang..



kisahnya k.fiezz tengah menggantikan seorang member PA di pejabat k.fiezz yang tengah cuti separuh gaji untuk beberapa bulan sebab anak dia tak sihat..start bulan lepas kawan k.fiezz ni dah bercuti..patutnya k.fiezz yang jaga kat situ tapi sebab bos tak lepaskan k.fiezz jadi pilih orang lain.. Ada sorang kerani kat situ yg dah berumur sikit jadi PA sementara kat tempat member k.fiezz ni.. Akak tu duk tempat kawan k.fiezz ni, dia dapat duit menanggung..dia kena buat 2 kerja maksud nya..kerja PA & tugas hakiki dia sebagai kerani. Tempat member k.fiezz yang PA ni, dia jaga bos besor kat bahagian k.fiezz jadi tempat dia sibuk la sikit..



Masa confirm k.fiezz tak jadi duduk kat tempat member ni, memang loncat-loncat suka. tapi kesukaan tu sat je sebab hakak yang menggantikan tempat kawan k.fiezz ni mampu bertahan sebulan je..katanya dia tak boleh nak buat dua kerja dalam satu masa..padahal kerja dia sikit, bagi kat orang lain..errrr..tang mana sibuk nya... 


Jadi nama k.fiezz naik lagi sekali untuk tukar dengan kakak tu...adeh..dah tak leh nak elak...kena juga la duk kat situ...tak pe la, k.fiezz saya yang menjalankan amanah konsepnya...Cuma k.fiezz dah beritahu k.fiezz tak nak buat kerja pengganti yang sebelum (which is kakak tue la)...untuk bulan september punya kerja, kakak tu setel kan semua...k.fiezz akan take over kerja-kerja yang start Oktober - November je.. Oo.. K.fiezz kena cover kat situ 2 bulan.. Kawan PA k.fiezz tu akan masuk bertugas semula pada Disember 2018.. 



dan jeng jeng jeng..semalam hakak tu datang kat bilik PA tempat member k.fiezz ni dan dia bagitau ada amendment sikit kat tuntutan keluar negeri bos yg bulan lepas punya...dalam erti kata lain hint suruh k.fiezz yang pinda tuntutan bos..eh...cantiknya rupa hakak tu..k.fiezz terus bangun, k.fiezz suruh dia buat sendiri..lepas dah setel tu..dia bagi pula kat k.fiezz salinan bayaran bil telefon bimbit & certain dokumen untuk buat tuntutan dalam negeri bos yang bulan lepas punya...hakak tu tak buat dua-dua ni..wah..lemak berkrim pulak suruh k.fiezz yang siapkan dua kerja dia yang tak siap ni...

Prosedur kerja, masa hakak ni duk kat situ bulan lepas dia menanggung tugas tau.. Menanggung.. Maksud dia dapat duit.. Jadi kerja-kerja semasa tempoh dia menanggung tu, dia kena siapkan semua.. Tak boleh beri pada orang lain dengan alasan, k.fiezz duk kat situ skrg sebab tu kerja bulan lepas masa hakak tu menanggung tugas... 

Lepas dia bagi slip bayaran bil telefon bos & dokumen utk buat tuntutan bos which is dia suruh k.fiezz yang buatkan, k.fiezz terus tanya dengan supervisor k.fiezz..masa k.fiezz bagi menda tu kat supervisor ni, muka supervisor k.fiezz menahan marah.. Hakak tu kena panggil la dengan supervisor k.fiezz..apa lagi kena marah la derrr hakak tu.. Haha.. Padan muka... Penyudahnya dia buat juga Kerja-Kerja yang dia tak siapkan utk bulan lepas punya tu... Tu pun buat dalam keadaan marah.. Nasib hang la.. Keja ko kan.. Buat sampai siap...senang-senang lepas tangan... Kat ofis k.fiezz, hakak tu memang terkenal dengan attitude suka menolak kerja pun... Lepas tu kaki mengadu dengan bos.. Pffttt.. Meluat sangat.. Yg bos dia suka ngadu tu pun, melayan plak dia.. Tak tahu hakak tu dulu pun di tukar oleh bos lama dia ke bahagian k.fiezz sekarang.. So nampak tak, hakak tu bermasalah.. Kalau tak kenapa bos lama dia tukar kan dia? 

K.fiezz ni bukan la nak berkira kerja tapi tak kan la orang lain buang najis.. K.fiezz kena cuci.. Agak-agak la derrr...Baik pun biar la bertempat... 

5 Comments

  1. bencinya orang macam ni, sha kat tempat kerja sebaik sorang je tapi masa skeolah adalah jenis ni, kalau ada keja group, dia duk saja je takbuat bende pastu nanti dia dapat nama huhu

    ReplyDelete
  2. Hiks, dah dpt extra payment pun still nak org lain siapkan kerja.. Adoi la hakak tu..

    ReplyDelete
  3. xsuka org macam tu..kita yg dapat penyakit..huhu

    ReplyDelete
  4. Setuju dekat mana-mana pun ada je jenis orang macam nie..cuma beza dengan MN bila MN cuti ada orang tolong buatkan kerja MN , bagi MN bagus lah ada orang tolong kan..masalah ye semua kerja buat salah..tiba-tiba MN kena marah ..bila check balik rupanya time tu MN cuti..memang MN direct cakap bukan MN yang buat..tak kuasa MN nak backup..

    ReplyDelete
  5. Agree sangat dengan tindakan Kak Fiez ini sebab Sha pun memang buat macam ini.. Kerja sendiri, buat sendirilah.. Cantik je perangai nak orang buatkan kerja dia.. Berbayar pula tu..

    ReplyDelete