Shopping Di Shopee

Kak fiezz suka shopping kat shopee ni sebab harga barang yang jauh lagi murah dari website lain..dan Shopee ni dah jadi tempat wajib untuk kak fiezz terjah shopping..

Cuma baru-baru ni masa hujung tahun lepas, kak fiezz ada experience yang kurang best dengan shopee..Jadi untuk korang yang nak shopping di shopee sila check dulu samaada korang nak beli tu pre-order @ ready stock..Kak fiezz dah kena sbb beli satu barang ni (bukan yang dalam gambar ni), kak fiezz beli foundation brush sebab harga dia yang murah..Sebelum kak fiezz order tu, dah tanya dengan seller samada barang tu ready stock  ke?kata seller, yes..ready stock..Kak fiezz pun order dengan senang hati..Sekali lepas submit order, rupanya barang tu pre order dari China..*&^%$##@ tak terkata apa la kak fiezz sbb dah order pun..Tunggu je la barang dapat tapi sampai sekarang kak fiezz tak terima barangnya lagi..Pending kat ABX Courier sampai harini..Kak fiezz dah minta refund tapi seller suruh bersabar...okey, tak kisah suh sabar tapi seller pun tolong la dapatkan juga no.tracking supaya senang nak semak dengan ABX Courier..tapi berangan je la seller nak tolong..konsep seller, barang dah sampai ke pos laju atau courier company, kira setel...

Jadi kalau korang nak beli barang di shopee, pilih la barangan tempatan..haha..senang..tak its complicated macam kak fiezz ni...

Bawah ni satu lagi item yang kak fiezz beli kat shopee..kak fiezz nak buat background untuk photoshoot product review..

Shopee Tracking

\www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

Dan ini la kronologi barang..start dari 12hb Dec.2017 sampai la kak fiezz pi collect sendiri kat Pos Laju..Ni pun satu hal, kalau korang tengok barang pending kat Pos Laju  mulai 21 Dec.2017 .Lepas tu delivery advice..Kak fiezz ni tunggu la pos laju bagi mesej suruh collect barang kat situ memandangkan pejabat kak fiezz tak boleh terima penghantaran barang personal melalui pos laju..memang dorang pun dah sedia maklum, tengok je alamat pejabat kak fiezz, automatik terus SELF COLLECT..tak kisah la pasal tu tapi update le no.tracking Pos Laju..Yang dalam sistem shopee, no.penghantaran macam kat bawah ni je (LWE : ........)...terpakai ke untuk check status di pos laju?



Kang tepon Pos Laju, dorang minta no.tracking nak bagi no.apa..Pagi semalam, kak fiezz terus call shopee..Nak minta no.tracking Pos Laju untuk barang ni..dan baru tahu pos laju guna nombor yang sama jugak..Masa call, kak fiezz cerita kat staff pos..Dia inform boleh je guna no.tu untuk track barang di Pos Laju..laaaa, sabar je la..Masa kak fiezz call, baru orang pos beritahu barang kena collect semalam juga sebelum pukul 5.30ptg..Kalau tak, return pada seller..laaa, dah la tak tahu pasal no.tracking tu..Nasib baik kak fiezz ni minat menyiasat, tau..sebab rajin layan siri penyiasatan..haha...

Lepas dah tau status barang, kelam kabut install apps Grab..Naik grab pi collect barang kat Pos Laju..fuhhh..terima pun barangnya..

Penilaian Shopee

So conclusion kalau korang nak beli barang di shopee, sila lebih alert & selalu check update terkini proses penerimaan barang...Takut jadi macam kes kak fiezz ni..

Apa yang kak fiezz boleh rumuskan contoh macam barang yang kak fiezz beli ni, dari China..Sebaik sahaja sampai di Pos Laju tanpa bawa keluar (sbb yang kak fiezz dah mention kat atas), Pihak shopee & seller dah anggap kita terima item tu...Kat sini kita yang kena investigate dengan shopee,minta no tracking & kita check status barang sendiri dengan pihak Pos Laju..

Jadi kak fiezz kurang sikit part ni..Patut kita dah bayar, seller la yang kena pantau item sehingga diterima pada customer..Kira buat homework ...tapi dalam kes seller kat shopee ni, dorang cuma semak pada sistem shopee saja..Kalau item dah delivered pada pos laju, dorang akan bagi SS tu pada kita bila kita cakap tak terima lagi barang, kira bukti dorang tak menipu..huhu...tahu tak menipu tapi sila la lebih bertanggungjawab untuk jadi seller yang bagus...pastikan barang sampai kat tangan customer...

Jadi overall kak fiezz bagi 2 star je la...sebab dua seller yang kak fiezz beli item dari oversea ni mmg sangat, sangat, sangat tak membantu...kak fiezz pun tak tahu seller ni local @ based di oversea..Yang kak fiezz tahu, dorang not so good to serve customer...

15 Comments

  1. selalunya kalau pos guna lwe tu pun mesti dapat tracking poslaju. pelik jugak sebab selama sha beli barang kat shopee tak pernah jadi mcm ni, tapi terima kasih share pengalaman, lepas ni boleh lebih berhati hati

    ReplyDelete
  2. Adoi.. Kalau dapat seller macam nie memang sakit hati.. sepatutnya dia maklumkan mengenai no tracking tu...

    ReplyDelete
  3. Hurm, dari baru nak berjinak-jinak dengan Shopee, bila baca pengalaman Fieza ni terus rasa seriau nak try..so far Yani biasa guna Lazada je bila onlibe shopping...yang lain jarang atau tak pernah langsung...

    ReplyDelete
  4. CCL selalu shopping dalam shopee ni , tapi tak pernah lagi jadi macam ni ..
    kena sediakan payung sebelum hujan , kena lebih berhati - hati pas ni

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah lagi beli kat shopee. Selalu beli kat lazada je.
    Btw, nnt akak jenguklh blog saya☺☺
    Puterihaifa7.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. iskk..lepas hantar barg..barg xdpt lepas tgn yeaa..sabar ye kak..anyway..cantik bulu2 tuh..hihi

    ReplyDelete
  7. akak boleh report dekat shopee terus kak.. shopee akan ambil tindakan.. macam Nurul, nurul memang dapat duit refund..

    ReplyDelete
  8. Rabia tak pernah lagi shopping dgn shopee

    ReplyDelete
  9. Ni yg malas nak shopping dgn shopee ni, pernah juga baca kes leb7h kurang mcm ni.... kalau lazada or aliexpress or mysale or sgshop, walaupun brg dr oversea , tp dorg still akan bg tracking number .... pembelian lebih terurus berbanding shopee ....

    ReplyDelete
  10. saya dengan shopee ok pulak kak. hehehe kebetulan dapat seller yang ok kot.

    ReplyDelete
  11. Alamakkk! Camni pula jadinya. Kita tak pernah shopping lagi kat sini tapi hari tu dah juga la teringin nak try tapi tak jadi

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..setakat ni beli dekat shopee, semua ok

    ReplyDelete
  13. I dh banyak kali dh beli kat shoppe.. Setakat ni semuanya ok jew!overall mmg agk selesalha

    ReplyDelete