BALIAYU SPA SANCTUARY

Kalau nama kak fiezz ni, kan..Apa-apa yang berkait dengan SPA, confirm suka suka suka..Bagi kak fiezz waktu yang kita panggil as 'Me Time' ni memang wajib ada dalam kamus hidup perempuan..sebab..di SPA tempat kita melepaskan ketegangan urat yang penat bekerja di pejabat, di rumah. Sambil di belai dan di urut mesra oleh tukang urut, waktu di SPA adalah tempat yang boleh buat kita lupakan sekejap kesibukan aktiviti harian kita yang sentiasa padat dengan macam-macam aktiviti.

Itu yang kak fiezz suka sangat berkunjung ke mana-mana SPA. Macam baru ni kak fiezz berkunjung ke Baliayu Spa Santuary di Bangsar untuk Bali Aromatic Oil Massage..Best kah urutannya?meh baca..

Kak fiezz terlewat temujanji sebab Selangor cuti hari Isnin baru ni..so macam korang tahu la kalau Selangor cuti, confirm jalan di KL jammed..eh!!salah kan jammed..sendiri dah terlewat benornya..hehe..Tapi nasib baik Baliayu Spa ni okey & tak banyak cerita..Sebelum k.fiezz sampai, pihak Baliayu Spa dah call kak fiezz untuk remind k.fiezz takut terlupa..tak lupa kalau nama SPA ni cuma tersangkut dalam traffic jammed...hehe

Baliayu Spa Santuary ni terletak di tingkat 3 deretan rumah kedai..Jejak je kaki ke tangga untuk naik ke Baliayu Spa ni pun, dah feel ala-ala kat Bali dengan dekorasi dan alunan lagu ala-ala di Bali..Kak fiezz register dulu & di bawa ke sudut untuk rendamkan kaki dalam beberapa minit terlebih dahulu. Kemudian tukang urut yang akan urut kita, lapkan kaki dengan tuala (feeling macam puteri jap..haha)..Selepas itu, kak fiezz di bawa ke bilik urutan & kena tanggal baju termasuk yang bahagian dalam. Seluar dalam pun, kena pakai yang jenis pakai buang sebab urutan yang kak fiezz pilih ni menggunakan minyak jadi tak nak terkena pada seluar dalam kita...

www.fiezasani.xyz 

Bali Aromatic Oil Massage

Untuk Bali Aromatic Oil Massage ni, urutan dimulakan di bahagian belakang dahulu dengan menggunakan minyak..Kegunaan minyak tu untuk membuang angin dalam badan..

Tukang urut yang urut kak fiezz ni orang lama..Fuh..boleh tahan gak la urutan tukang urut yang urut kak fiezz ni..Dia siap tanya okey tak tahap kekuatan urut dia tu..kak fiezz cakap okey..Kalau kuat lagi, sakit sebab kak fiezz kan comel..hehe...Tukang urut ni beragama islam sebab setiap kali nak mulakan urut, dia baca 'bismillah'...Dia juga pandai urut di bahagian peranakan kita..Urutan kak fiezz haritu termasuk di bahagian itu..Kak fiezz tanya juga macamana keadaan kat situ..Dia bagitau, okey..cantik katanya..hehe..kembang kempis idung ai..Tapiii dia cakap badan kak fiezz banyak angin..Dia urut belah belakang, merah-merah..Kata dia kalau merah-merah camtu, memang banyak angin..haha..Kak fiezz akui la tu sebab kak fiezz memang sejenis sendawa & kentut kuat..haha..apa nak buat,angin nak keluar..takkan nak tahan..kang berpusing dalam badan..udah tak selesa pulak..Nasib kak fiezz duk dalam bilik kat pejabat..tak campur dengan orang sangat..suka hati kak fiezz nak sendawa & kentut sesuka hati..hahaha..




Selepas sesi urutan Bali Aromatic Oil Massage selesai, k.fiezz diberi minuman Ginger Tea untuk memudahkan proses angin keluar dari badan..Agaknya la sebab halia selalu berkait dengan buang angin, kan..Rasa dia pedas-pedas manis..Kak fiezz kalau jenis ubat-ubat herba macam ni, tak ada hal...Jus kunyit yang orang tak lalu nak minum tu pun, kak fiezz rasa sedap..haha...

Overall kak fiezz suka sangat sesi urutan di Baliayu Spa Sanctuary Bangsar ni..plus kak fiezz memang peminat SPA..

Eh..lupa pulak nak war-war kat korang, kak fiezz booking sesi Me Time ni melalui website idospa.com..Di website ni, korang boleh pilih spa-spa yang ada dalam senarai termasuk luar Kuala Lumpur seperti Perak, Melaka & lain-lain. Idospa.com menyediakan lebih dari 100 perkhidmatan yang berkaitan untuk kaum wanita untuk menikmati sesi 'Me Time' di mana-mana Spa pilihan. Idospa.com ni 1 stop centre untuk spa-spa pilihan yang berdaftar dan ada di dalam senarai mereka untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan spa hanya melalui satu website sahaja. 

Dengan harga yang berpatutan dan mengikut bajet masing-masing, korang boleh memilih mana-mana perkhidmatan yang korang nak..Lagi best ni, kak fiezz nak share dengan korang yang nak menempah melalui idospa.com ni, jangan lupa masukkan kod >> IDSFIEZA semasa proses tempahan untuk mendapatkan diskaun..


9 Comments

  1. wah seronok manjakandiri kt SPA....br juga pi SPA lastweek ...nanti nk jenguk2 idospa.com...tq utk info

    ReplyDelete
  2. wah..patut cantik..slalu g spa..:)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dapat urut di SPA. memang me time kena book jugak ne

    ReplyDelete
  4. Lama tak manjakan diri kat SPA.. Seronoknya sis..

    ReplyDelete
  5. takpernah pergi spa, teringin nak pergi haha

    ReplyDelete
  6. saya pun kerap ke SALOON dan SPA ni kak..nak jaga badan balik..hehehe kekononya lah

    ReplyDelete
  7. bestnya pigi spa ..boleh relaxkan minda dan badan.

    ReplyDelete
  8. Teringin juga nak cuba tapi geli la kak. Hahaha hari tu cuba urutan kaki pun tak tahan gelinya hehe

    ReplyDelete