Apa Kelebihan Bertangas?Dengarnya Boleh Meningkatkan Kesuburan Juga..
Kerusi Tangas
Yeay..voucher hasil kemenangan untuk 2nd prize - contest lazada online revolution blogger yang kak fiezz menang haritu, dah redeem barangnya..Kak fiezz beli apa tu?haha..barang favourite..Kalau korang pencinta SPA macam kak fiezz ni, mesti tahu apa benda ni..hehe..Orang perempuan seeloknya kena amalkan selalu ni untuk merawat masalah-masalah wanita yang biasa kita alami...Jadi memandangkan kak fiezz sangat sangat suka berkunjung ke SPA..kak fiezz beli kerusi tangas, boleh Me Time di rumah je..Sebelum ni kak fiezz memang dah beli serbuk tangas tapi tempat nak duduknya iaitu kerusi tangas, tak ada..adeh..Dah plan nak beli siap survey kat shoppee..Ada la seller jual harga berpatutan..Sebab paling mahal kak fiezz pernah nampak orang jual kerusi tangas ni, RM300..dan paling murah kak fiezz pernah nampak, RM140 di shoppee..Yang lagi best boleh COD sebab seller tu duduk di area KL je..
Tapi dah rezeki kak fiezz nak dapat free kerusi tangas ni..hehe..hasil menang di tempat kedua contest lazada yang kak fiezz beritahu kat atas ni..
Sesi unboxing
dan tadaaa..Ni la rupa kerusi tangas yang kak fiezz beli di Lazada..harga cuma RM156 sahaja..Memandangkan kak fiezz menang contest haritu bernilai RM150 so kira kak fiezz bayar duit postage je la kerusi tangas ni..ngeee...eh!!kalau sesapa berminat nak cari kerusi tangas ni, nanti kak fiezz sertakan link kat bawah..
Sebelum kak fiezz beli haritu, kak fiezz tanya dengan seller samaada kerusi ada stok ke tak sebab masa nak order ada 1 je..Lepas tu seller beritahu, kerusi ni bila ada order baru dorang buat untuk menjaga kualiti kerusi..kisahh..patut dalam stok ada 1 je...
Apa Itu Tangas?
Okey, kak fiezz duk cerita kerusi tangas..kerusi tangas..ada pula yang tak tahu apa la fungsi kerusi ni..meh nak cerita..Bertangas ni adalah mandi wap atau bahasa modennya disebut sauna..Tangas ni tak terhad pada wanita berbangsa melayu sahaja tetapi semua wanita dari pelbagai bangsa di galakkan untuk bertangas bagi MEMBERI KESEGARAN TUBUH BADAN serta MERAWAT BEBERAPA PENYAKIT wanita. Kebiasaan yang kita tahu wanita selepas bersalin sahaja yang bertangas tapi sebenarnya wanita setiap kali selepas haid juga digalakkan untuk bertangas bagi membuang sisa/lendir darah yang mungkin masih ada..
Okey, tadi kak fiezz beritahu bertangas ni boleh merawat beberapa penyakit?apakah penyakitnya..Bertangas ni untuk mengeluarkan peluh bagi membuang toksin yang sebabkan kita bisa badan. dan antara penyakit wanita yang boleh diubati melalui tangas adalah mengurangkan keputihan, merawat bau serta lendir busuk, membuang angin, kecutkan rahim, mencegah rahim daripada jatuh (tombong), menyembuhkan luka jahitan, mencegah buasir, membantu masalah period tak teratur, meningkatkan kesuburan serta dapat mewangikan badan..
Kredit info berkaitan Tangas & Kesuburan dari PAMA.KARANGKRAF..
Bertangas
Bertangas bukan sahaja baik untuk wanita berpantang, malah turut disarankan bagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Antara khasiat bertangas bagi perempuan adalah memulihkan sistem peranakan.
Cara Bertangas Sendiri
Ini cara bertangas sendiri & hasil pengalaman kak fiezz bila buat aktiviti tangas di SPA..Jadi boleh praktikkan di rumah..Dah dapat kerusi tangas, kan..hehe..
**Seeloknya untuk wanita yang bukan dalam sesi berpantang, amalkan setiap kali selepas haid.
-Rebus rempah tangas & tuang air ke dalam periuk tanah & diletakkan pada kerusi tangas. Duduk di atas ruang tengah di kerusi tangas antara 15-30 minit. Tutup keseluruhan badan semasa proses ini supaya wap tangas akan masuk ke kawasan V kita..
Semasa proses tangas ni, kita digalakkan membuat kemutan di V untuk menguatkan otot di kawasan itu...
Kelebihan Bertangas
Tangas bukan setakat tumpuan kepada penjagaan bahagian sulit sahaja tetapi amalan kesihatan secara keseluruhan badan kita. Amalan ini juga boleh membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan dan memberi kesegaran pada tubuh kita.
Korang yang berminat nak bertangas sendiri kat rumah, boleh dapatkan kerusi tangas ni di LAZADA.
6 Comments
Banyak nye kebaikan bertangas ni kak fizz utk kesihatan wanita kan. Minat pula ana nk mencuba sendiri dekat rumah. Nak ushar lah dekat lazada lepas ni.
ReplyDeletebaru tau pasal kerusi tangas ni. selama ni takpernah dengar pulak. btw congrate!
ReplyDeleteWahhh dah usha td kak..memang best ni...kena beli juga...terasa hangatnya ty
ReplyDeleteBaru tau pasal kerusi ni. Jenuh juga duk fikir kerusi menda tadi hikhik
ReplyDeleterabia ada toksin
ReplyDeleteTq share fs, yang ni serius mrs pip nak satu..alamak, mesti postage mahal nak hantar sabah ni.... mmg hari tu cari juga kerusi ni tp tak ada jual pun kat mana2 sekitar sini kat lazada pula ada rupanya....
ReplyDelete