Fesyen | Summer Thin Cardigan Sempena Sales 11.11
SALE 11.11
Tambahan koleksi cardigan kak fiezz..hehe..Ni bukan kak fiezz yang shopping tau..Mr hubby shopping masa sale 11.11.2017 di Lazada..Tetiba mr hubby bukak website Lazada & suruh pilih nak warna apa?blur kejap kak fiezz..Ingatkan mr hubby saja-saja bukak je website Lazada..Sekali dia shopping pulak..Ingatkan shopping barang dia..Laaa, shopping untuk wife..alolo..sweet pulak...Dah orang suruh pilih..Kita pilih je la, kan..Orang cakap rezeki jangan di tolak..Rezeki..rezeki..Kenapa pilih summer thin cardigan ni?Apa keistimewaan dia..Okey, jujur je la yeak..Murah benornya..haha..RM9.50..harga asal RM13.50..Tue je..Kak fiezz kalau beli baju online, tengok design je..Kalau lawa pada mata kak fiezz..tue la pilihan kak fiezz..Kak fiezz tengok gambar summer thin cardigan ni sebelum beli rasa okey dengan kak fiezz..SUMMER THIN CARDIGAN
Sesuai dengan nama dia Summer Thin Cardigan 2017..Memang nipis je cardigan dia..Macam kak fiezz yang tak cerewet ni, okey je la..Dah beli pun..Lagipun tengok gambar dia masa nak beli tu pun dah tau gambaran summer thin cardigan ni macamana..Nipis..tembus gitu..Kak fiezz pakai 2 lapis macam gambar kat atas ni..Dalam pakai t-shirt..Luar sarung summer thin cardigan ni...Kak fiezz beli jugak summer thin cardigan ni walaupun nipis sebab baju-baju jalan kak fiezz banyak tangan pendek..Jadi nak sopan sikit, pakai dengan cardigan..Kira cun la...Summer Thin Cardigan ni pun tak tebal jadi tak la panas pakai 2 lapis baju..
Note : Nak bagi cenderahati ni..Sila komen kat entry ni..hehe...
PENGUMPUL CARDIGAN
Kak fiezz ni memang suka kumpul cardigan..Dah ada 3 dalam koleksi..2 warna hitam termasuk yang ni..1 warna kelabu..Hat kelabu tu beli kat uptown je..Ala, kak fiezz ni tak cerewet..Kalau lawa, kat pasar malam pun kak fiezz beli..Kita bukan jenis tengok brand-brand ni..Ikut pada pilihan mata..Yang mana lawa..Itu la pilihan hati...Kalau tak beli, ngigau..hahaNote : Nak bagi cenderahati ni..Sila komen kat entry ni..hehe...
3 Comments
cantik cardigan kak
ReplyDeleteSamalah kita fiezz....pengumpul cardigan. Seronok kumpul...hihihi
ReplyDeletemrs pip pun suka cardigan ...
ReplyDelete