Kejadian di petang hari Ahad..huhu..Masa kejadian nasib baik kak fiezz & mr hubby ada kat rumah..tak berjalan ke mana-mana kalau tak mungkin kebakaran tu merebak kat dalam rumah..Kak Fiezz tengah tengok tv masa ni..Mr hubby pulak tidur dalam bilik..Tengah syok2 tengok tv tu, dengar bunyi macam menda meletup..Tak pasti apa..Kak fiezz duk syak budak-budak main bola kat koridor luar rumah..So mungkin duk sepak2 bola, bola terkena pagar luar rumah kak fiezz ni..Jadi kak fiezz abaikan je..Sambung tengok tv macam biasa..tapiii menimbulkan syak sebab lepas meletup tu ada bau terbako..jenguk kat dapur tapi tak berani tgk sampai belah dalam sikit tempat letak gas..tgk dari sudut je, tak nampak api..panggil mr hubby,beritahu macam ada menda terbakar..sementara mr hubby nak bangun tu,jenguk lagi sekali kat dapur..tapi kali ni jenguk dalam sikit sampai nampak bhg.gas..tu diaaa,baru nampak ada api belah atas kat grill dapur tu ..kelam kabut panggil mr hubby kat bilik..lepas tu kitaorg laki bini kelam kabut ambil air kat bilik air..kak fiezz isi air,mr hubby tukang simbah air..jenuh gak la nak padamkan..kak fiezz dah standby bukak pintu siap2 sbb takut jadi apa2 tambah plak masa tu asap dah memunculkan diri..masa kak fiezz bukak pintu,nampak jiran sebelah kelam kabut nak naik atas sbb dipercayai punca dari tingkat atas sebab masa kejadian kak fiezz tak guna dapur gas untuk memasak, cadangnya petang sikit baru nak masak untuk makan malam..tengah defrost daging & ikan masa tu..kak fiezz tegur jiran tu tanya dari tkt berapa yg terbakar..tapi kak fiezz tak cakap rumah kitaorg pun terkena tempias gak..kalau tak, boleh guna air dari pili bomba kat sebelah tangga dekat dengan rumah kak fiezz..panik uolls..tak terpikir plak...

Lepas keadaan dah terkawal n api berjaya dipadamkan baru jiran2 tahu rumah kak fiezz pun terkena sekali. Yang jiran sebelah rumah kak fiezz marah kenapa tak bagitau masa kak fiezz tegur dia tu..huhu...

Dari cerita orang2 situ punca terbakar dari tingkat 12..tuan rumah cerita masa kejadian, rumah dia berasap..dia panik,dia sembur 1 rumah dengan air dari pili bomba yang memang ada kat setiap tingkat..mungkin sebab dari semburan tu ada lintar pintas kot..yang terkena sekali dari tkt.12 tu sampai ke rumah kak fiezz..Nak burukkan keadaan, bhg dapur rumah kak fiezz ada la pulak bahan2 mudah terbakar macam brg2, botol2 plastik, tiub getah, papan..memang punca je la api lagi cpt naik..mr hubby cakap masa simbah air tu, samaada api jadi makin besar atau padam..Kalau makin besar, memang get ready untuk keluar je..tapi nasib baik berjaya dipadamkan..kalau tak mungkin melarat sampai ke tingkat2 bawah...

Lepas api dah padam, kak fiezz bawak turun segala kuali periuk yg letak kat area situ..maklum la rumah flat..ruang terhad..situ la jadi tempat simpanan segala barang2 dapur..

Ni gambar2 selepas kebakaran..Masa terbakor tu idok la kak fiezz snap gambar...Tgh kelam kabut nak padamkan api berdua dengan mr hubby..mr hubby, abg bomba i love u la...

Pihak bomba dtg lepas kitaorg dh berjaya padamkan api & dorang ambil gambar utk buat laporan...

Huhu..Kat ruangan ni kak fiezz letak segala barang2 dapur macam kuali, periuk & bahan-bahan masakan (kulit kayu manis & etc)....Belah atas tu, abah kak fiezz tutup dengan papan je..Jadi masa tu mungkin ada kain yang dah terbakar jatuh atas papan ni..Tu yang jadi punca kebakaran kat rumah kak fiezz pulak...

Jenuh nak mengemop bahagian ni pulak..adeh..pakej dengan lipas sekali kat dalam kabinet tu..sabar bebanyak je kak fiezz, tau...

Barang2 yang kak fiezz letak atas gril tu..Nanti bawak balik kampung ni..

Antara barang plastik termasuk periuk kukus dengan tin biskut yang bertutup dengan plastik sampah..

Pengajaran, tak nak simpan barang2 plastik kat situ..kuali,periuk pun nanti bila2 balik kampung,nak bawak bagi mak kak fiezz..terkejut sekejap lepas kejadian ni...terus hari isnin E/L..penat weii mengemop, angkat barang2 dari dapur tu..nampak je macam sikit..pagi esok (hari isnin), baru rasa badan sakit...

7 Comments

  1. Ya Allah ngerinya. Nasib baik keluarga fieza ok

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tak de kejadian yang lebih teruk...nasib baik tak melarat dan nasib baik jugak ada kat rumah tu kan..

    ReplyDelete
  3. Ya allah seriau..syukur xde yg mudarat..syukur allah lindung fieza sekeluarga....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah fieza dan keluarga selamat. Penat juga yer nak mengemas tu.

    ReplyDelete
  5. Nasib baik tak ada apa apa...bila melibatkan kebakaran ni cukup seriau

    ReplyDelete