Trip Terapi Minda ke Langkawi Part 3
Sambungan trip-terapi-minda-ke-langkawi-part-2
Aktiviti hari ke-3
Island Hoping (Pulau Dayang Bunting, Pantai Beras Basah & Eagle Feeding)
Aktiviti wajib ni kalau ke Langkawi..Kalau tak buat aktiviti ni, macam tak lengkap pulak rasanya...Kitaorang tak booked awal untuk buat aktiviti ni..Kira macam terjah je..Kebetulan nak jadi cerita, masa nak beli tiket untuk naik kereta kabel ni, ada nampak 2-3 orang budak2 muda tengah promote pakej aktiviti-aktiviti ni..Dapat harga murah..2 aktiviti iaitu Island Hoping + Mangrove Tour, harga pakej RM500..Satu aktiviti RM250..Kira murah tu..Terus tertarik nak beli..Tapi masa budak2 ni promote tak ada terus ambil..Naik kereta kabel dulu..Fikir dulu..Masa turun tu baru booked..Untuk tempahan, cuma bayar yang Mangrove Tour tu je dulu.Untuk Island Hoping, masa hari nak buat aktiviti tu, baru bayar..So Mangrove Tour, mr hubby bayar..Yang island Hoping, adik aku + adik mr hubby kongsi separuh-separuh..
Untuk pakej ni, kitaorang sewa 1 bot..jadi tak perlu nak tunggu orang lain ke apa..waktu & masa pun kita boleh tentukan sendiri..Cuma untuk buat aktiviti ni kitaorang kena pergi sendiri ke tempat-tempat yang ditetapkan.Untuk island hoping, kitaorang perlu tunggu di depan Underwater World Langkawi..dan Mangrove Tour, terus ke jeti The Kilim Karst Geoforest Park.
Hasil perbincangan, hari ke-3 kitaorang pilih untuk buat aktiviti Island Hoping dulu. Dalam pukul 8-9 pagi, kitaorang gerak dari tempat penginapan..Sampai kat Underwater World dalam pukul 9 lebih..Tunggu punya tunggu, dalam sejam juga rasanya..tak nampak sesiapa pun yang datang ambil kitaorang untuk bawa ke bot kat pantai..Waaa..dah kenapa?Tak nak duit ke travel agen ni..Cuba hantar whatsapp pada travel ejen tu, dia bagi no.contact person untuk trip island hoping ni..Terus call, orang tu suruh tunggu kat depan satu hotel area2 situ juga..pffft...Sangat tidak profesional..Tapi sebab adik aku semangat nak bawa mak & abah aku merasa island hoping ni, gigih juga..Nasib baik masa tunggu kat depan hotel tu sekejap..Sampai je van orang tu, kitaorang follow dari belakang..Dia bawa kat tepi pantai untuk naik bot..Bayaran untuk trip island hoping ni, bayar kat situ juga..Setel part bayaran, dia beritahu bot mana yang kitaorang nak kena naik..
Untuk trip island hoping ni tak banyak gambar sebab aku guna handphone je..
PULAU DAYANG BUNTING
Dalam bot..Mak aku first time naik bot..Boleh bot ni buat lawak di tengah-tengah laut..Cuak mak aku..Aku pun cuak tapi kontrol je..Kang buat takut, lagi mak aku takut..Tanya budak yang bawa bot tu, kenapa berhenti..Dia beritahu enjin tersangkut dengan sampah..lorr..bukan sekali..dua kali...aku dah la tak reti berenang..aku dah fikir ke lain je masa tu...tapi nasib baik tak ada apa2 yang teruk..sikit tu je..enjin bot tersangkut dengan sampah...
Di Pulau Dayang Bunting..Tak mandi pun kat sini..Main di gigi-gigi air je..Tengah2 panas main celup2 kaki kononnya..Panas lit-lit masa ni, weiii...
Nota Kaki - sekarang ada entrance fee nak masuk ke Pulau Dayang Bunting ni.
Bayaran Masuk - RM3.00 / seorang
Toilet - RM1.00 / seorang
PANTAI BERAS BASAH
Wah..seronok je rupa 2 orang ni mandi-manda..padahal masa ni memang panas ya amattt..terik weii..peringatan utk korang, kalau ke sini jangan bawa sebarang makanan seeloknya..haritu kitaorang bawa bekal makanan tapi masa nak makan berperang dengan kera...ni gara2 ada mat dan minah salleh bagi makan kat kera2 tu tapi sikit..tak cukup la kat kera tu..yang mat & minah salleh ni dah cuak sbb kera2 tu mengejar dorang, jadi diaorang datang ke arah kitaorang yang kebetulan tengah makan..apa lagi, kitaorang plak berperang dengan kera2 tu.....jenuh juga la menghalaunya...Lepas kera2 tu masuk balik dalam hutan, adik aku bungkus balik makanan & tutup dengan tuala , tak nak bagi kera-kera tu nampak..Tengok keadaan dah okey, kera2 tu tak kacau kitaorang lagi baru kitaorang mandi kat laut...fuhhh..mencabar...
EAGLE FEEDING
Video masa eagle feeding..Banyak weiii..Meriah dengan helang...
Petang lepas balik dari aktiviti, kitaorang balik ke rumah penginapan..mandi, tukar baju & keluar balik..Nak ke mana kita ney?Masa ni aku dah start demam...Bertabah je berjalan dalam keadaan demam...huhu..sangat tidak best...
IDAMAN SURI
Kat sini tak ada coklat2 yea, korang..Pinggan mangkuk & lain2 macam dalam gambar kat atas ni, banyak...mak aku je beli kat sini..Pemanggang ajaib...Aku?memang tak beli apa la..Demam..Rasa2 ada mood tak nak shopping?Aku bayang katil je...hehe
Malam, kitaorang dinner barbeque..cari barang2 & ber'bbq kat rumah penginapan...Adik ipar aku yang tukang masak nya...
1 Comments
Mahainyaaa toilet sekarang. RM1.00 dah. Dua tiga tahun nanti taktaulaa jadi berapa ringgit. Huhu
ReplyDelete