MOLPay Cash


Pernah dengar tak pasal MOLPay ni?Aku pernah tulis dalam entry sebelum ni kalau korang pembaca setia blog ni..Eh!!kalau yang bukan pembaca setia macamana pula?Hah, betul juga tu..Tak semua baca blog aku ni, kan..Yang mana tahu, tahu la..Yang tak tahu..Meh aku explain sikit pasal MOLPay ni..Selalu kalau kita nak beli online, mesti kena ada internet banking, kad debit atau kad kredit?betul kan?Habis yang tak ada macamana..Nak beli barang online..Takkan nak pinjam akaun kawan, sedara-mara yang ada internet banking, kad debit atau kredit..Kalau mula-mula okey le kot..Kalau dah selalu sangat kang orang menyampah pula..Melainkan kawan tu BFF sangat, so terpulang..Citarasa masing2..Tapi ni aku nak kongsi dengan korang yang tiada perkara asas untuk membuat pembelian secara online seperti yang aku beritahu di atas ni..

MOLPay Cash merupakan satu kaedah dimana korang boleh membuat pembelian secara online di mana2 website shopping yang mempunyai kaedah pembayaran dengan MOLPay Cash ni..Macamana nak tahu?Korang boleh baca di bawah nanti..Aku sertakan gambar...

Apa Istimewa MOLPay Cash ni?

 MOLPay Cash

*Memudahkan & cara bayaran yang lebih mesra pengguna..Hanya perlu membeli barangan di atas talian & membuat bayaran di mana-mana 7-eleven..

**Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka membuat pembelian barang dengan tunai dari menggunakan kad debit/kredit..

**Bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa kerana 7-Eleven beroperasi 24 jam..

**Lebih mudah untuk pihak penjual menjalankan perniagaan kerana memberi pilihan kaedah pembayaran yang senang untuk pembeli..



Salah satu website yang turut menawarkan pembayaran mesra pengguna ini adalah Motherhood.com.my

Website yang menawarkan barangan-barangan bayi dari 0 - 3 tahun..Harga yang ditawarkan sangat berpatutan & memberi keselesaan kepada bakal2 ibu untuk membeli barangan di hujung jari sahaja..Apa yang perlu dibuat oleh ibu2 hanya membuat bayaran di mana2 7-Eleven..Tidak perlu bersesak, beratur mahupun mengeluarkan kos minyak, tol dan sebagainya untuk membeli belah barangan keperluan bayi terutama buat ibu2 yang sedang hamil..Senangkan?Seperti yang kita sedia maklum, ibu2 yang sedang hamil ni kadang2 ada alahan atau kepenatan untuk berjalan membeli barangan keperluan bayi..Jadi website motherhood.com.my memudahkan bakal2 ibu mahupun ibu yang telah mempunyai anak untuk membuat pembelian secara atas talian sahaja..Nak bawa anak2 ke tempat yang sesak, sangat mencabar terutamanya..motherhood.com.my memberi keselesaan kepada ibu2 ini untuk membeli belah serta menawarkan bayaran mesra pengguna dengan MOLPay Cash..

Duk cerita ni, mesti korang nak tahu senang benor ke shopping guna MOLpay Cash ni.
Ala..senang sangat la..Ni pengalaman kali kedua aku membuat pembelian secara online & membayar menggunakan MOLPay Cash..Untuk yang pertama kali guna mungkin rasa susah tapi percaya la selepas beberapa kali menggunakannya, lepas ni mesti korang akan gunakan lagi..


Cara membuat pembelian di motherhood.com.my dengan menggunakan MOLPay Cash...


www.fiezasani.xyz
Untuk pertama kali, sila register dahulu..Bagi memudahkan, korang boleh sign up dengan gunakan Facebook sahaja..Tak perlu pening kepala nak create nama user & password...

www.fiezasani.xyz
Lepas korang dah sign up & login ke website motherhood.com.my dengan id masing-masing..Korang boleh terus shopping..tak perlu tunjuk yang tu..Rasanya semua tahu, kan..hehe..Ni contoh lepas korang dah pilih produk apa yang korang nak..

Ni contoh summary cart shopping yang aku punya...Kalau semua detail dah betul ,terus proceed to check out & korang ikut sahaja ke langkah seperti di atas..no.2..3 dan sehingga 5 iaitu bayaran..


www.fiezasani.xyz

Selepas langkah ke-5 iaitu bayaran , korang klik pada cara bayaran & korang pilih untuk membuat bayaran dengan internet banking, kad debit/kredit masing-masing..Tapi dalam entry ni, untuk pembayaran dengan MOLPay Cash, korang pilih pembayaran dengan 7-Eleven...

www.fiezasani.xyz
Selepas korang dah pilih 7-Eleven , tertera detail seperti di atas..masukkan nama ,e-mail & contact number...klik 'Proceed'...



Selepas itu , korang akan dapat detail ini di mana ada transaction id & verification code..Sila cetak atau screenshot di handphone..
Pembayaran perlu dilakukan dalam masa 48 jam di mana-mana kaunter 7-Eleven berdekatan yang mempunyai logo ni di kaunter...


Semasa di 7-Eleven ,hanya bagi cetakan detail di atas atau screenshot di handphone pada pekerja kaunter..Mereka akan masukkan no.transaction id & verification code dan confirm jumlah pembayaran & pembelian dari website mana..Selepas kita semak semua maklumat yang tertera di skrin mesin bayaran adalah betul, boleh buat pembayaran seperti biasa & korang akan menerima 2 resit iaitu satu dari 7-Eleven & satu lagi dari MOLPay Cash seperti di bawah..



Okey, siap..Jangan risau, sebaik sahaja korang membuat bayaran, terus automatik update di website motherhood.com.my bayaran telah di buat..Dan korang akan menerima kemaskini melalui e-mail untuk inform order korang akan diproses..So, tunggu je barang sampai di depan rumah..

Simple kan..Nampak macam susah tapi percaya la MOLPay Cash sangat-sangat membantu untuk mereka yang tidak mempunyai internet banking, kredit atau debit kad seperti aku beritahu di atas tadi...

Untuk para ibu, pengumuman..pengumumann..Sedang berlangsung jualan murah di motherhood.com.my, weiii..Ibu-ibu suka la, kan...Eh!!ni Ada berita baik lagi untuk pembaca setia blog Fieza Sani..Haritu aku ada update kat FB so ni nak share dengan korang..Dengan jumlah minimum pembelian di Motherhood sebanyak RM150, korang layak mendapat 10% diskaun (kod : FIEZASANI10 / Tarikh tamat - 31 December 2017 )..Kod ni terhad pada seorang sahaja..Jadi siapa cepat, dia dapat la yea...

HAPPY SHOPPING DI motherhood.com.my

1 Comments

  1. bagus ni..senang nak beli sekarang..petik jari je..petik phone je.

    ReplyDelete