Review - Umma Lacto Milk Booster Bagus Ke?
Entry ni khas untuk ibu2 yang menyusukan baby..Aku pernah up entry berkaitan produk untuk banyakkan susu ibu jenis tablet kat SINI & dari pemerhatian aku, entry berkaitan topik tu sangat mendapat sambutan..Alhamdulillah..Membantu ibu2 yang mencari alternatif untuk memperbanyakkan susu badan..
Jadi entry kali ni pasal produk untuk perbanyakkan susu ibu juga tapi jenis minum. Memandangkan aku tak de pengalaman lagi tak boleh la nak cerita hasilnya pada aku..hehe..Nanti la dah ada pengalaman sendiri, senang nak cerita..Insyaallah..doa2kan yea..Nie hasil pengalaman dan testimoni ibu2 yang dah mencuba sendiri Umma Lacto..
Di pasaran sekarang ada pelbagai jenama-jenama milk booster. Tapi jenama Umma Lacto ini adalah antara pilihan terbaik yang perlu korang cuba jika korang penggemar milk booster jenis minuman. Kalau aku, jenis bancuh & minum macam ni, sangat la menepati citarasa..Sangat direkemen untuk korang yang suka jenis minuman macam ni..
Lebih 95% ibu menyusu yang mengalami masalah breastfeeding yang menggunakan Umma Lacto memberi feedback yang sangat memuaskan. Selebihnya 5% mungkin tidak serasi dengan dorang. Tindakbalas seseorang pada produk berbeza..Ada yang serasi dengan produk A, ada yang serasi dengan produk B..Jadi ikut pada keserasian & penerimaan badan masing-masing. Setakat ni, ramai yang berpuashati dengan Umma Lacto..
Kenapa Umma Lacto Menjadi Pilihan Ibu Menyusu?
Selain kelebihan seperti dibawah. Faktor utama adalah kerana rasanya sangat sedap. Bagi yang tidak suka minum susu pun boleh terima rasanya.
Ada pengguna berbangsa Cina yang mengamalkan Umma Lacto Milk Booster ini dengan minum dua kali sehari dimana sepatutnya sehari sekali sahaja. Alasannya sebab rasanya sangat sedap dan sanggup beli 6 kotak untuk simpanan sebulan.
Pengguna Umma Lacto ini bukan sahaja Melayu malah bangsa Cina dan India juga ramai yang menggunakannya kerana sedap dan dapat memperbanyakkan susu badan.
Kelebihan Umma Lacto:
- Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
- Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
- Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
- Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
- Membantu mengelakkan sembelit
- Membantu kesihatan perut dan kolon
- Sebagai prebiotik ibu dan anak
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
- Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
- Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
- Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
- Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut
Cara Pengambilan Umma Lacto:
Minum pagi dan/atau malam. Bancuh dengan air suam atau biasa sebanyak 150-250ml. Boleh tambah air ikut kesesuaian rasa individu.
Apa Kata Ibu Menyusu Yang Menggunakan Umma Lacto Milk Booster (Testimoni)
Ibu 1
Saya dah try minum umma lacto memang berkesan, susu sentiasa ada sampai bra basah, baby pun cepat kenyang.
Ibu 2
Membantu banyakkan susu dengan izin Allah, rasa pun sedap dan mengeyangkan.
Ibu 3
Susu banyak sampai basah baju dibuatnya, lebih-lebih lagi waktu malam. Anak saya kenyang dan tidur lena sampai pagi. Saya happy sangat.
Ibu 4
Sebelum saya amalkan Umma Lacto, susah hendak dengar anak sendawa selepas minum susu. Selepas saya amalkan Umma Lacto, anak kerap sendawa selepas menyusu.
Ibu 5
Dua hari minum Umma Lacto, susu dah dapat 4oz. Sebelum ini hanya 2oz sahaja. Sekarang tidak perlukan bantuan susu tepung lagi.
Sebenarnya ada banyak lagi feedback-feedback positif yang korang boleh google berkaitan Umma Lacto.
Di mana hendak dapatkan produk Umma Lacto ini?
Untuk pengetahuan korang yang ingin dapatkan Milk Booster ini. Diharapkan berhati-hati sebab difahamkan banyak produk tiruan untuk Umma Lacto ini. Biasa la bila sesuatu produk tu dapat sambutan, ada la insan-insan yang tak bertanggungjawab cuba buat produk tiruan untuk mengaut keuntungan.
Jadi aku cadangkan korang beli Umma Lacto ini di website The Baby Store. Beli melalui atas talian atau boleh COD di Shah Alam.
Kenapa aku cadangkan beli melalui The Baby Store? Sebab The Baby Store adalah trusted online seller... website pun cantik. Tambahan pula setiap belian yang korang buat di website ini korang dapat mata ganjaran dimana korang boleh tebus pada belian seterusnya untuk produk-produk yang ada di The Baby Store.
Sebelum terlupa, jika korang pengguna pertama. Setiap pendaftaran baru akan menerima 200 mata ganjaran dan boleh ditebus pada belian pertama.
Klik Link ini ---> http://thebabystore.com.my/Umma-Lacto-en
1 Comments
terima kasih
ReplyDelete