Niche blog aku dah bertambah lagi, daripada trying to conceive & lifestyle terbaru bertambah kepada beauty pulak..hehe..sorry..kalau korang baca blog aku..korang pun pening..banyak sangat topik..hehe..saja je perbanyakkan topik..tak de la bosan kan..asyik cerita pasal nak pregnant, membebel ntah apa2..so sekarang nak try kepada kecantikan pulak..eh..aku memang suka pada kecantikan..make up, fesyen..apa2 la yang berkaitan dengan kecantikan..memang kena dengan minat aku..

Ahad lepas, aku dapat jemputan untuk menghadiri Beauty Bloggers Meet Up Event 2016 di The Canvas, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor..Anjuran www.stayfavful.com..
Sebuah website kecantikan yang memberi pelbagai tips kecantikan, review produk dari pengguna yang telah mencuba produk kecantikan yang ada di pasaran, harga bagi setiap produk & banyak lagi info berkaitan kecantikan..Kiranya website ni sebagai rujukan untuk kita kaum wanita yang suka pada kecantikan..

Normal kan kita perempuan sebelum guna sesuatu produk mesti nak cari apa-apa maklumat berkaitan produk tu sebelum mula gunakannya. Di website ni, korang boleh baca hasil review dari mereka yang telah mengguna produk tersebut..dan nilaikan sendiri hasil testimoni, mungkin ada yang positif atau negatif..Jadi sebagai pengguna kita boleh nilaikan sendiri sebelum membeli..hak sebagai pengguna..hehe..nampak!!!

Korang boleh juga menjadi ahli Stayfavful..Apa kelebihan jadi ahli dia?Okey, Sekiranya korang dah pernah cuba produk2 kecantikan yang ada di pasaran & memberi review kat website tu, korang akan mendapat point..Nak buat apa dengan point tu?Wei..bila korang kumpul point ni korang boleh mendapatkan sample produk kecantikan, diskaun baucer & jemputan eksklusif ke sebarang majlis berkaitan kecantikan..best ke idok??Jadi laju2 pi daftar jadi member FavFul..

okey, berbalik kepada cerita bengkel ahad lepas..

Bengkel ni berlangsung selama 2 jam & topik2 yang diajar adalah berkaitan kecantikan..Bagaimana seorang blogger kecantikan perlu menulis tentang sesuatu produk, cara penyampaian untuk bercerita mengenai produk, testimoni samaada dari sudut positif atau negatif, cara mengambil gambar produk tersebut & paling menarik cara membuat video tutorial di You Tube..Ala, tahu kan selalu kat you tube ada tutorial cara pemakaian mekap, perfume..macam tue la..best..

Bengkel ni mula pukul 3.00ptg, tapi haritu aku terlewat sikit..Masa aku sampai, bengkel memang dah mula..Masuk je ke sini, lepas pendaftaran..terus cari tempat duduk..aku pilih tempat duduk belakang sekali..Dah ko datang lambat kan..so jangan nak over benor menonjol..

Ni antara gambarr2 yang aku tangkap masa bengkel ni..menarik..

Masa aku sampai, barang-barang ni memang dah ada atas meja..So ko bukak je, kira ko punya la..tapi ada tugasan sikit..ko kena try & tulis pasal produk ni..Aku ada ambil juga beberapa jenis..Yang tu nanti aku buat review..
 
Tetiba feeling cantik..kenkonon pakai contact lens..padahal..tanggal cermin mata, meraba..haha
 

Photoshoot dengan skincare masing-masing..Kitaorang yang menyertai bengkel ni, dah dimaklumkan awal..Masa ni aku tengah guna ePure Amino Hydro Intense Cleanser..Korang jangan keliru pulak sebab sebelum ni aku selalu beritahu yang aku pengguna Ephyra Skin Bar..yesss..masih gunakan Ephyra..yang ni gatal try..hehe..nasib serasi juga dengan aku..

 
 
Suasana bengkel..Masing-masing sibuk..
 
 
Yang ni paling best, weiii..produk2 untuk dicuba & buat review..yeay!!!Nanti aku review 
yeak..Biar aku cuba dulu.. 

0 Comments