Cara Membuat Air Detox Lemon
Nak share dengan korang, cara mudah untuk buat stok air lemon..aku dapat ni dari group masakan di FB..original owner yang share resipi ni adalah Double V Beauty
Cara yang mudah, jimat masa..Sepanjang beberapa minggu aku buat air detox ni, kelam kabut jugak nak menyediakan air lemon ni..kena perah bagai..haih..tapi aku gagahkan jugak buat demi untuk kesihatan sebab lemon berfungsi untuk membuang toksin dalam badan..
Khasiat / Manfaat dari mengamalkan minum air lemon :~
Khasiat / Manfaat dari mengamalkan minum air lemon :~
- Bantu proses singkir toksin dalam badan sebab dia diuretik semulajadi
- Bantu turunkan berat badan
- Kandungan Vitamin C yang tinggi (boleh mencantikkan kulit)
Cara-cara, di setiap caption gambar
1) Kuantiti lemon terpulang pada masing-masing..Aku guna 4 biji setengah..ahaks..setengah lagi tu dah perah dulu..
2) Kupas kulit lemon sampai jadi macam ni..tapi yang putih2 tu tak payah amik, nanti pahit..cuma amik lapisan luar kulit lemon (warna kuning).. |
3) Belah lemon kepada 4..buang biji..kulit lemon, potong nipis2..yang atas ni, aku malas..ku potong je kasar sebab nak blend..Masa nak blend, tambah air sikit supaya senang nak kisar..
4) Selepas blend..
5) Aku nasihatkan sila tapis dahulu selepas blend..Sebenarnya mula-mula aku tak tapis..Konon untuk minum sekali dengan lemon + kulitnya so dapat khasiat keseluruhan..aku terus je minum gitu..tapi semalam mr hubby mengadu pulak sebab kena minum dengan serdak2 dia..Jadi kita tapis la dahulu yea..Lupa pulak minum dengan mr hubby..
6) Selepas ditapis, ni la hasilnya..
nak minum,tuang je dlm 2 sudu makan & tambah air..(kalau tak tahan masam, boleh tambah gula batu ataupun madu..
3 Comments
my mum tak boleh minum detox lemon..pedih perut..and satu lagi tak digalakkan minum detox lemon ni sebab ia asid kan..
ReplyDeleteLemon ni alkali, dia neutralkan asid dlm bdn..mmg best..bdn ringan, otak segar,����
ReplyDeleteOo.. nampak hasilnya tu cam sedap je. Boleh cuba ni. Hmmm dapnya
ReplyDelete